ARKIB

KATEGORI

Buletin

JPJ Pahang lelong kenderaan sita dan klon 8 Ogos ini

Berita Tempatan

Views

Sinar Harian melaporkan, sebanyak 35 buah kenderaan sita dan klon termasuk yang berjenama mewah bakal dilelong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang pada 8 Ogos 2019. Lelongan awam siri 1 2019 itu akan berlangsung di Dewan Serbaguna JPJ Pahang.

Menurut Pengarah JPJ Pahang, Mohamad Abdullah, lelongan awam melibatkan kenderaan sita dilakukan setiap tahun tetapi kali ini berbeza kerana pertama kalinya kenderaan klon dilelong. Sebanyak 35 buah kenderaan iaitu 15 kereta sita dan 20 kereta klon bakal dilelong nanti.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Lelongan tersebut bukan sahaja di JPJ Kuantan tetapi beberapa lagi Pejabat JPJ di negeri ini. Antara kereta berjenama yang bakal dilelong termasuklah Mercedes Benz, Honda Jazz, Toyota Wish, BMW 320i E90, Mitsubishi Grandis dan banyak lagi.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan buku lelong yang mula dijual 17 Julai hingga 6 Ogos ini dengan harga RM50 di bahagian Kewangan JPJ Pahang. Segala info lengkap mengenai barang lelongan, jenis kenderaan dan harga turut dinyatakan dalam buku tersebut.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Pembeli atau pembida yang berminat perlu memiliki buku tersebut dan selepas itu mereka boleh datang melihat kenderaan pada 5 dan 6 Ogos 2019. Kenderaan yang dilelong masih berada dalam keadaan baik dan selebihnya item boleh dibeli daripada kenderaan yang diisytihar dilupuskan.

Bagi yang ingin membeli kenderaan klon, mereka perlu memiliki lesen membeli barang lupus yang biasanya dimiliki oleh mekanik. Kenderaan klon merupakan kenderaan yang tidak berdaftar dan tiada perlindungan insurans. Apa yang menarik, semua kenderaan yang dilelong nanti akan didaftar dengan nombor plat terkini di negeri ini Pahang.

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit JPJ Negeri Pahang.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply