ARKIB

KATEGORI

Buletin

Memandu di bawah pengaruh dadah hingga sebabkan kematian dua kakitangan KKM – Lelaki ini mengaku tidak bersalah

Berita Tempatan

Views

Berita Harian melaporkan, seorang pemandu lori tangki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di Rompin, hari ini atas tiga pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kematian dua kakitangan Jabatan Kesihatan Pahang (JKNP), Isnin lalu.

P Kaingeyen, 34, yang beralamat di Kuantan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad. Tertuduh didakwa memandu di bawah pengaruh dadah menyebabkan dia tidak berdaya mengawal kenderaan sehingga mengakibatkan kematian pemandu JKNP, Mohd Zuhairi Abdullah, 35, dan jururawat, Julayha Kudus, 39, pada 10 pagi, 7 Disember lalu di KM 32, Jalan Pekan-Rompin, Pekan.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Bagi kesalahan itu, pendakwaan dikendalikan di bawah Seksyen 44(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga RM100,000 jika sabit kesalahan. Kaingeyen juga didakwa memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kecederaan terhadap Dr Muhd Ikhwan Ramlee, 29, dan seorang pemandu Myvi, Azlida Mohamad Ramli, 41, pada masa dan tempat yang sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 44(1A)(a) akta sama yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjarakan sehingga 10 tahun dan denda maksimum RM50,000. Dalam prosiding hari ini, peguam Ahmad Denie Roslan merayu mahkamah membenarkan jaminan walaupun Timbalan Pendakwa Raya Nurhalimaton Saadiah Abdullah tidak menawarkan jaminan kepada anak guamnya yang baru sebulan bekerja dengan syarikat pengangkutan berkenaan.

Kata peguam tertuduh, gaji tertuduh hanya sekitar RM1,500 dan isterinya mengandung lapan bulan, selain turut mempunyai tiga anak yang masih kecil. Dia difahamkan keluarga tertuduh berhasrat meminjam wang daripada majikan tertuduh bagi menjelaskan jaminan.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Azizah membenarkan jaminan RM11,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melapor diri di balai polis setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah. Mahkamah menetapkan 15 Februari 2021 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Dalam kemalangan Isnin lalu, pacuan empat roda Toyota Hilux milik Kementerian Kesihatan (KKM) yang dipandu Mohd Zuhairi bersama dua penumpang, Julayha dan Dr Muhd Ikhwan bertembung dengan lori tangki ketika dalam perjalanan ke perkampungan Orang Asli Api Larat bagi menjalankan pemeriksaan kesihatan berkala. Kemalangan itu turut membabitkan sebuah Myvi dinaiki seorang suri rumah bersama dua anaknya.

Di mahkamah sama, Kaingeyen juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan menggunakan dadah jenis methamphetamine yang didakwa dilakukan pada 7 malam, 7 Disember lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan. Bagi kesalahan itu, Azizah membenarkan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 15 Februari 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Twitter Bernama

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply