ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jualan Khas 12.12 Honda City baharu dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020

Berita Tempatan

Views

Honda Malaysia menerusi satu kenyataan media semalam telah melanjutkan Jualan Khas 12.12 dengan rebat bernilai RM2,000 bagi pembelian model generasi kelima City varian S dan E sehingga ke 31 Disember 2020. Lanjutan tarikh akhir ini dibuat adalah bagi membolehkan pelanggan mempunyai lebih banyak masa untuk mengunjungi cawangan pengedar Honda yang berhampiran.

JOM BACA >> Model-model baharu yang paling dinanti-nantikan tahun 2021

Pelanggan kini boleh membuat tempahan dan mendaftarkan kereta mereka sebelum 31 Disember 2020, sekali gus layak untuk meneri Rebat Khas setelah setelah membuat tempahan dan pendaftaran di mana-mana cawangan pengedar Honda seluruh negara.

Mengulas mengenai lanjutan jualan khas ini, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Toichi Ishiyama berkata sejak dilancarkan, pihaknya telah pun menyerahkan hampir 5,800 unit City baharu kepada pelanggan. Tambah beliau, setakat ini mereka telah menerima lebih 11,100 tempahan model tersebut dan jualan khas ini juga telah menerima sambutan yang cukup memberangsangkan.

JOM BACA >> Kereta dicuri dalam parkir berbayar? Kini anda boleh saman dan tuntut pampasan syarikat pengurusan!

Setelah sekatan rentas negeri dimansuhkan sejak 7 Disember lalu, pihaknya amat mengalu-alukan maklum balas dari pelanggan dan tahu ramai antara mereka ingin mengunjungi pengedar Honda untuk memandu uji kereta ini.

Oleh itu, pihaknya telah bersetuju untuk melanjutkan julan khas tersebut hingga hujung tahun bagi membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati rebat, membuat pertanyaan, memandu uji dan membuat tempahan. Dalam masa yang sama juga, mereka akan bekerja lebih kuat untuk memenuhi kehendak para pelanggan dan menyerahkan tempahan dalam tempoh yang ditetapkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Edisi Abang Jamil – Ini 5 rahsia yang buatkan isteri anda rela bermadu dengan ‘Cik Mera’ (Nissan Almera) baharu
JOM BACA >> Tahukah anda ada 3 jalan di Malaysia yang sengaja ditinggikan untuk mudahkan hidupan liar melintas?
JOM BACA >> Adakah ini sarung tempat duduk Proton Iriz R3 Limited Edition?
JOM BACA >> RISIK : Proton bakal guna transmisi 4AT pada model Persona dan Iriz MC2
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply