Congratulations to Hidilyn Diaz for winning the first ever gold medal for the Philippines! Laban, Pilipinas! pic.twitter.com/gK2EgpXatb
— airasia Philippines (@AirAsiaFilipino) July 26, 2021
Pemenang pingat emas pertama Sukan Olimpik buat negara Filipina, Hidilyn Diaz menerima satu lagi kejutan semalam setelah syarikat penerbangan AirAsia Filipina mengumumkan yang beliau dihadiahkan penerbangan percuma seumur hidup.
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
Pengumuman itu dibuat menerusi satu ciapan di laman Twitter rasmi mereka malam tadi. Menurut AirAsia Filipina, hadiah itu adalah sebagai penghargaan kepada kerja keras dan semangat yang ditunjukkan oleh atlet berusia 30 tahun itu yang mewakili negara tersebut dalam acara angkat berat wanita kategori 55kg.
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
Sebelum ini Diaz telah berjaya memenangi pingat perak di temasya Olimpik Rio pada 2016. Nama Diaz turut ‘hangat’ di negara ini setelah kisahnya terpaksa berlatih di garaj sebuah rumah yang terletak di Jasin, Melaka akibat terkandas di Malaysia sejak Februari 2020 berikutan pandemik COVID-19.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >> Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
KOMEN TERKINI