ARKIB

KATEGORI

Info

Mengapa Lebuhraya KL-Karak bengkang-bengkok? Tak boleh buat lurus ke? Ini penjelasannya…

Info

Views

Kami ingin kongsikan satu info menarik yang telah dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook bernama Nazmi Ismail. Beliau merupakan seorang jurutera dan juga tenaga pengajar perisian AutoCAD. Beliau rasa terpanggil untuk menjawab pertanyaan daripada beberapa warganet yang mempersoalkan mengapa Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) tidak direka dengan laluan lurus sahaja, kerana ia dikatakan membazir kerana rekaannya yang bengkang-bengkok.

Ini jawapannya!

Secara geografinya, negeri Selangor dan Pahang dipisahkan oleh Banjaran Titiwangsa yang memanjang dari selatan Thailand sampai ke Gunung Ledang kat Johor. Lebuhraya KLK dibina merentasi Banjaran Titiwangsa yang terdiri daripada deretan gunung-ganang bagi menghubungkan Gombak di Selangor dengan Karak di Pahang. Dari sudut reka bentuk sesebuah lebuh raya pula biasanya melibatkan juruukur dan jurutera awam.

Siapa juruukur ini?

Tugas seorang juruukur adalah membuat tinjauan tapak, pengukuran, mengenal pasti sempadan pemilikan, sediakan data-data berkaitan bentuk, kontur, pengravitian, lokasi, ketinggian atau dimensi tanah atau bentuk muka bumi kawasan tersebut.

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?

Data-data yang dikumpul oleh juruukur ini digunakan untuk reka bentuk, kejuruteraan, membuat peta, pengorekan, penilaian tanah, pembinaan dan macam-macam lagi. Jurutera awam pula akan buat reka bentuk lebuh raya atau jalan menggunakan perisian seperti AutoCAD, Civil 3D, GIS, dan lain-lain bergantung kepada keperluan projek dan pihak berkuasa tempatan.

Perisian seperti Civil 3D, Civil Engineer dapat menghasilkan lukisan dan data seperti pelabelan kontur, analisis ketinggian, analisis panah lereng, penjajaran, tahap ketinggian, profil, keratan rentas dan kuantiti yang dibina. Jadi bukan mudah untuk membina lebuh raya keran ia melibatkan banyak faktor yang perlu diambil kira!

Antara sebab mengapa Lebuhraya KL-Karak dan lebuh raya lain yang melalui kawasan pergunungan dibina bengkang-bengkok adalah kos yang perlu dikeluarkan. Kos tersebut merangkumi beberapa aspek seperti bahan, mesin, jentera, tenaga kerja, keselamatan, kepakaran dan macam-macam lagi.

Cuba anda bayangkan kalau Lebuhraya KL-Karak ini dibina lurus dari Gombak tembus Banjaran Titiwangsa hingga ke Karak? Pastinya ia memerlukan kos dan tenaga kerja lebih tinggi serta banyak permukaan yang perlu dipotong, ditarah, ditambak dan bukit-bukit yang perlu ditebuk. Kos untuk membina terowong sangat mahal dan memakan masa yang lama.

JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!

Banyak faktor berkaitan struktur tanah juga perlu diambil kira, selain kos jentera, kepakaran dan masa yang diperlukan. Sebagai contoh, Terowong Genting Sempah dengan panjang 950 meter yang dirasmikan pada tahun 1978 menelan belanja sebanyak RM1.4 juta bertujuan untuk pendekkan masa perjalanan pengguna lebuh raya dari pantai barat ke pantai timur.

Anda boleh bayangkan berapa kos untuk membina terowong pada masa sekarang, sudah pasti ia jauh lebih mahal! Jika lebuh raya itu terus dibina mendaki bukit yang sangat curam, sudah pasti ia akan memberi masalah pula kepada kenderaan-kenderaan khususnya kenderaan berat seperti lori.

Mungkin banyak kenderaan berat yang tidak mampu untuk mendaki dan tersadai di tepi jalan. Aliran trafik juga akan menjadi lebih sesak dan tidak lancar berikutan banyak kenderaan terpaksa mendaki bukit yang curam. Lebih membimbangkan, ada kemungkinan banyak kenderaan akan mengalami kerosakan enjin semasa melalui lebuh raya tersebut.

Jadi, penyelesaian kepada faktor-faktor seperti kos, tenaga, keselamatan, ekosistem, kelancaran trafik dalam pembinaan lebuh raya yang melalui kawasan pergunungan adalah membinanya secara bengkang bengkok melalui lereng bukit. Sama seperti mendaki gunung, cuba bayangkan laluan yang dilalui itu tegak hingga ke puncak, sudah tentu kita akan cepat letih dan berbahaya kan?

Kesimpulannya, laluan lebuh raya yang lebih landai dengan darjah kecuraman yang rendah membolehkan enjin kereta bekerja dengan minima, menjimatkan penggunaan minyak dan membantu memanjangkan jangka hayat enjin. Kongsikan info ini sekiranya bermanfaat!

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Instagram Siva Kumar

JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian X50 dan Persona dikesan di Dungun!
JOM BACA >> INTIP : Foto Proton Saga Anniversary Edition bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply