ARKIB

KATEGORI

Buletin

Meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang memandu

Berita Tempatan

Views

Seorang bekas pegawai khas kepada mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika memandu berhampiran lampu isyarat Persiaran As Salam, Bukit Sentosa, awal pagi semalam.

Menurut Berita Harian, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 5.14 pagi.

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan

Katanya, ketika ditemui lelaki berusia 52 tahun itu tidak sedarkan diri dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) Proton Exora.

Hasil siasatan mendapati mangsa bekerja sebagai pemandu lori dan bekas pegawai khas mantan ADUN Batang Kali, Datuk Mohd Isa Abu Kassim.

Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Perumahan Anggerik Bukit Sentosa.

JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

Suffian berkata, mangsa yang memandu Proton Exora dipercayai mendapat serangan jantung sehingga kenderaan dipandunya terbabas di tempat kejadian.

Pegawai Perubatan hadir di lokasi dan mengesahkan kematian mangsa. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

Siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply