ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menteri Agama ‘rileks jer’ pandu Perodua Axia

Berita Tempatan

Views

Menggunakan kereta Perodua Axia untuk ke mana sahaja, sekali gus menampakkan sikap merendah diri dimiliki Menteri Agama, Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar.

Menurut KOSMO! ONLINE, kisah tersebut diceritakan seorang perunding syariah menerusi Facebooknya, Abdel Rahmanov yang mengenali rapat sejak sekian lama dengan Mohd. Na’im.

Penasihat syariah kewangan Islam itu memberitahu, mereka mengenali antara satu sama lain sewaktu berkhidmat di CIMB Islamic, manakala Mohd. Na’im ketika itu Penasihat Syariah CIMB Islamic dan merupakan Felo di Universiti Oxford, United Kingdom (UK).

“Pada masa itu beliau belum dapat gelaran Datuk, jadi kami panggil beliau Dr. Na’im. Beliau seorang yang lembut berbicara dan gemar tersenyum. Beliau juga gemar memakai blazer kolar Nehru macam Tun Dr. Mahathir Mohamad selalu pakai.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

“Beliau banyak pengalaman dalam urusan mahkamah terutama undang-undang keluarga Islam. Sebab itu beliau kerap muncul dalam slot wawancara di radio dan televisyen,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Abdel Rahmanov berkata, semasa di CIMB Islamic, Mohd. Na’im menghadiri mesyuarat dengan menaiki kereta jenis Mercedes.

“Pada satu hari, saya perlu berikannya pasport. Jadi beliau beritahu pada malam nanti, beliau ambil pasport itu di Kajang. Selepas isyak, saya menunggu beliau di stesen minyak Petronas Prima Saujana.

“Saya menunggu beliau dan mencari kereta Mercedes, tetapi tidak muncul-muncul. Kemudian beliau mesej saya bahawa beliau sudah sampai dengan kereta Perodua Axia.

Saya masuk ke kereta beliau sambil tergelak. Saya kata, ‘ingatkan kereta Mercedes. Beliau sambil ketawa berkata, ‘Man, inilah kereta saya pakai’.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

“Sebenarnya beliau boleh sahaja meminta saya hantar pasport tersebut ke rumahnya, tetapi mungkin beliau tidak mahu menyusahkan orang lain dan sanggup pergi mengambil sendiri dengan kereta Perodua Axia.

Di sini nampak sikap ‘humble’ atau merendah diri dalam diri beliau,” ujarnya. Abdel Rahmanov berkata, Mohd. Na’im adalah anak jati Kampung Baru, malah rumah asal beliau masih berada berdekatan dengan Pasar Chow Kit.

“Almarhum Ustaz Abdul Ghani, ‘bos’ saya di CIMB Islamic, berkawan rapat dengan Datuk Na’im dan selalu bercerita pasal beliau. Ustaz Ghani bercerita Datuk Na’im semasa kecil tidak akan masuk tidur sebelum bapanya tidur.

“Selagi bapanya belum tidur, beliau tidak akan masuk tidur. Cerita ini amat luar biasa. Hebat peribadi dan khidmat Datuk Na’im kepada bapanya.

“Mungkin ini rahsia kejayaan karier beliau. Siapa sangka anak Kampung Baru menjadi Ketua Hakim Syarie dan Menteri Agama,” katanya.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply