ARKIB

KATEGORI

Info

Perodua Axia G2 (D74A) kini di fasa ketiga percubaan, jangkaan pelancaran Februari 2023

Info

Views

Setelah lama menyepi, ejen perisik Mat Bond kembali dengan informasi terkini mengenai model generasi kedua Perodua Axia (G2) (namakod D74A). Menurutnya, pada ketika ini Axia G2 (D74A) kini berada pada fasa ketiga percubaan (trial).

Katanya, tinggal satu lagi fasa percubaan iaitu yang terakhir pada bulan hadapan dan dijangka pengeluaran massanya bermula pada bulan berikutnya. Mengikut jangkaan, pelancaran Axia G2 (D74A) dijadualkan pada Februari 2023 (tertakluk kepada pindaan).

Axia G2 (D74A) mungkin ditawarkan dengan empat pilihan varian, iaitu G, X, SE dan AV. Ini bermakna Axia G2 (D74A) akan mempunyai susunan varian berbeza dan lebih satu varian berbanding model semasa – Axia GXtra, Axia Style dan Axia AV.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Model hatchback yang dibangunkan dari pelantar Daihatsu New Global Architecture (DNGA) itu dikuasakan oleh enjin aspirasi alami (NA) versi baharu, namun masih mengekalkan kapasiti enjin dan juga kod lamanya, iaitu 1.0 liter 1KR-VE VVT-i.

Enjin ini dipadankan pula dengan transmisi D-CVT. yang kini digunakan pada model Myvi faceliftAtiva dan Alza generasi baharu.

Dikatakan juga dimensi model ini adalah lebih besar berbanding model semasa dan telah pun selesai menjalani ujian kemalangan di Jepun beberapa bulan yang lalu.

Dari segi reka bentuk, ia menampilkan gaya rekaan terkini Perodua pada model semasa dan terus menggunakan identiti bampar dengan unsur rekaan “X” seperti model Alza baharu.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Selain itu, ia dilengkapi dengan lampu hadapan jenis LED, manakala di belakang ia masih mengekalkan rekaan lampu unit tunggal (seperti model semasa) dan menggunakan mentol jenis biasa dengan kemasan gelap (smoke).

Di bahagian kabin, ia bakal menggunakan meter jenis digital sepenuhnya dan paparan unit infohibur ‘rekaan terapung’ bersaiz besar. Namun, ciri-ciri tersebut hanya terhad kepada ‘dua varian tertinggi sahaja’.

Varian AV akan dilengkapi dengan enam beg udara dan Bantuan Pemanduan Selamat (A.S.A 3.0) yang merangkumi ciri-ciri seperti Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Belakang (RCTA), namun tanpa ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC).

Difahamkan Axia G2 (D74A) akan mempunyai spesifikasi lebih tinggi berbanding kembarnya di Indonesia iaitu Daihatsu Ayla/Toyota Agya. Kita tunggu informasi berikutnya dari semasa ke semasa.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Theophilus Chin

Perodua X-Concept

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply