ARKIB

KATEGORI

Tular

Menteri Pengangkutan menyamar jadi penumpang dua jam, naik LRT pada waktu puncak

Tular

Views

Meskipun belum memulakan tugas secara rasmi, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sudah mula ‘turun padang‘ apabila meninjau sendiri situasi perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya.

Menurut Berita Harian, dengan memakai topi dan pelitup muka berwarna hitam, Loke menyamar sebagai penumpang biasa untuk merasai sendiri pengalaman menaiki LRT itu selama dua jam pada waktu puncak, petang semalam.

Tanpa ditemani mana-mana pegawai kementerian atau pengurusan Rapid Rail Sdn Bhd dan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Loke mengakui situasi sesak dalam LRT ketika waktu puncak antara jam 5 hingga 7 petang, tidak selesa kepada penumpang.

Sehubungan itu, beliau akan membangkitkan mengenai hala tuju dan penambahbaikan perkhidmatan pengangkutan awam dalam mesyuarat bersama pengurusan tertinggi Prasarana, minggu ini.

“Petang tadi (semalam), saya meluangkan masa dua jam untuk meninjau keadaan sebenar perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya semasa waktu puncak antara jam 5 hingga 7 petang. “Keadaan cukup sesak dalam tren dan sudah tentu tidak selesa kepada penumpang.

“Saya tidak memaklumkan kepada pengurusan Prasarana dan pihak media kerana saya nak mengalami sendiri keadaan sebenar seperti penumpang biasa untuk merasai apa yang mereka perlu lalui setiap hari.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

“Saya memahami kesulitan yang dihadapi penumpang LRT. Saya akan mengadakan mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Prasarana dalam minggu ini juga untuk membincangkan hala tuju dan cara untuk menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam kita,” katanya menerusi Facebook.

Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya mendapat perhatian sejak beberapa minggu lalu selepas mengalami gangguan beberapa kali hingga operasinya terpaksa dihentikan selama hampir seminggu bermula 9 November lalu.

Penggantungan perkhidmatan LRT antara stesen Kelana Jaya dan Ampang Park ketika itu terpaksa dilakukan selepas operasi tren berkenaan mengalami gangguan sistem kawalan tren automatik (ATC) selama beberapa kali, hingga menjejaskan kestabilan perkhidmatannya.

Loke dijadualkan memulakan tugas rasminya sebagai Menteri Pengangkutan pada jam 8.15 pagi ini. Beliau pernah memegang jawatan itu antara Mei 2018 hingga Februari 2020.

Sementara itu, pengguna media sosial masing-masing membanjiri ruangan komen di bawah hantaran Loke, dengan majoritinya mahu isu kualiti perkhidmatan LRT dan perkhidmatan awam lain diselesaikan secara tuntas.

Mereka turut memuji tindakan Loke yang turut padang dan membuat pemantauan sendiri tanpa ditemani pegawai kementerian dan pengurusan LRT berkenaan.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Pengguna Facebook, Abdul Rahman Abdul Rashed menyarankan Loke bertemu dengan pihak kesatuan pekerja dan berbual dengan pengguna untuk mengetahui maklum balas secara langsung mengenai isu dan masalah membabitkan perkhidmatan awam.

“Kisah LRT selalu rosak ini adalah ‘tip of the iceberg‘, banyak isu dalaman lain yang tidak dikongsikan Prasarana. Hanya kesatuan ada jawapannya,” katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Hamidah Hamdan, mengakui sudah lama menunggu Menteri Pengangkutan merasai sendiri pengalaman pengguna LRT bersesak setiap kali waktu puncak.

“Terima kasih YB (Yang Berhormat). Akhirnya. Setiap kali tren buat hal, kekerapan sekarang yang lebih lama daripada biasa. Memang saya harap ada menteri turun padang terutama waktu puncak, rasa sendiri bagaimana berhimpitnya kami pagi dan petang,” katanya.

Warganet Chew Kim Soon pula berharap Loke dapat menyelesaikan segera isu eskalator di stesen LRT dan transit aliran massa (MRT) yang mengalami kerosakan sejak berbulan lamanya dan belum dibaiki.

Zach Asyraf pula memohon Loke menambah baik perkhidmatan komuter, khususnya memendekkan masa menunggu ketibaan tren kepada 30 minit, berbanding 60 minit ketika ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Anthony Loke Siew Fook

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply