Proton meraikan pengeluaran enjin 1.5 TGDI yang ke-10,000 di barisan pemasangan enjin Tanjung Malim baharunya pada 1 Disember lalu.
Ia hanya mengambil masa selama tujuh bulan selepas unit pertama dikeluarkan pada bulan April tahun ini. Pada masa yang sama, Proton telah menyerahkan 11,316 unit kenderaan pada bulan November, yang juga merupakan jumlah jualan terbaiknya sejak 2013.
Proton kini berada di landasan tepat untuk memperoleh tahun jualan terbaiknya dalam masa sembilan tahun kerana setakat ini mereka telah berjaya mendaftarkan sebanyak 126,682 unit kenderaan.
Kilang enjin 1.5 TGDI ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk melabur RM1.8 bilion untuk menaik taraf kemudahannya di Tanjung Malim.
Pelan pengembangan operasi itu selaras dengan teras strategik pertama program DRB-HICOM Automotive High Technology Valley (AHTV) yang bertujuan memaksimumkan aktiviti pembuatan di rantau ini.
JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai
Projek telah dijayakan oleh sepasukan jurutera Proton yang menempatkan diri di Tanjung Malim untuk memulakan kerja pemasangan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, fasiliti ini merupakan salah satu barisan pemasangan enjin tercanggih di Malaysia dengan tahap automasi yang tinggi, persekitaran terkawal iklim dan pelbagai gerbang ujian bagi memastikan kualiti pengeluarannya.
Tambah beliau, pihaknya juga menyasarkan pengeluaran 60,000 enjin pada 2023 yang bakal digunakan merentasi beberapa model Proton.
Bagi bulan November, Proton berjaya mencapai jualan sebanyak 11,316 unit walaupun mencatat penurunan jualan sebanyak 13.1 peratus pada bulan Oktober 2022 berikutan isu rantaian bekalan sementara.
Jualan tahunan sehingga kini (YTD) pula telah berjaya mencecah 126,682 unit, meningkat sebanyak 10.4 peratus dan ini sekali gus melepasi jumlah jualan 2021, meskipun berbaki sebulan sahaja lagi menjelang akhir tahun.
JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ
Pegangan pasaran bagi bulan November dianggarkan sebanyak 17.7 peratus dan untuk tahun ini, Proton masih lagi berada di kedudukan kedua dalam carta jualan, dengan 19.7 peratus daripada jumlah jualan kenderaan.
Dianggarkan juga Jumlah Jualan Industri (TIV) untuk tahun 2022 akan mencatat rekod dan menghampiri 700,000 unit setelah pasaran automotif Malaysia menikmati bulan keempat berturut-turut melebihi 60,000 jualan.
Lima model Proton telah melebihi jumlah jualan dari tahun 2021 dengan dua model, X50 dan Exora, masing-masing menerajui segmen sepanjang tahun.
Jualan eksport turut meningkat lebih 2,000 unit berbanding tahun sebelumnya kerana jualan YTD kini berjumlah 5,028 unit berbanding 3,018 bagi keseluruhan pada tahun sebelumnya.
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah, dengan pengenalan model baharu dalam perancangan untuk 2023, pihaknya berharap dapat meningkatkan sumbangan kepada ekonomi Malaysia dengan membuat lebih banyak pelaburan tempatan, menjual lebih banyak kenderaan, dan mengembangkan lagi pasaran eksport.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
KOMEN TERKINI