Dah masuk Raya ketiga hari ini, dah beraya ke semua rumah saudara-mara ke? Sambil-sambil tu, puas makan ketupat dengan lemang ke semalam? Kalau takde tempat nak dituju, apa kata anda tonton video pandu uji Mercedes Benz A 250 AMG Line. Model ini sememangnya menjadi kegilaan orang muda tetapi reka bentuknya kini sudah sedikit kembali kepada tradisi ‘pakcik’ dengan permukaan yang lebih tenang dan kurang agresif.
Ini menjadikannya lebih serasi dengan lenggok reka bentuk Mercedes-Benz terkini tetapi pada mata kami ia sudah kurang sado dan tidak begitu menarik seperti model sebelumnya. Namun reka bentuk kabin A-Class memang ranggi dan terbaik, sebagaimana reka bentuk lain dari Stuttgart yang dianggap antara yang paling anggun pada ketika ini.
Kelengkapan sukan (sport) seperti kerusi, mod pemanduan dan juga enjin yang bertenaga menjadikan A250 satu jentera yang boleh memuaskan pemandu yang cerdas tetapi ada beberapa kompromi yang terpaksa diterima, terutamanya dari segi ruang kabin belakang yang menjadi sempit akibat saiz kerusi sport barisan depan.
Apa pun ianya masih lagi sebuah kereta yang menarik, tetapi pasaran ini semakin padat dengan jenama massa yang mencari pembeli premium dan juga jenama premium yang mahu merebut pembeli di segmen yang sama.
JOM BACA >> INTIP : Adakah ini Exora Running Change (RC)?
Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk video-video ulasan pandu uji terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di FTV dan jangan lupa tekan butang loceng untuk mendapatkan pemberitahuan dan menjadi yang terawal menonton episod baharu kami! Kalau belum tonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : Pandu uji – Betul ke Proton hanya “melepas batok di tangga” dengan Exora 2019?”, jom kita layan!
JOM BACA >> RISIK : Proton Saga facelift – Apa yang berubah?
Teruskan tradisi kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi di hari lebaran ini! Ada yang mula pulang ke rumah masing-masing ke? Berhati-hati di jalan raya!
JOM BACA >> MESTI TONTON : Pasang dan uji cermin gelap 0 peratus VLT, gelap dah macam panggung wayang!
JOM BACA >> Cermin bahagian penumpang dan belakang dibenarkan lebih gelap – Menteri Pengangkutan
JOM BACA >> Hati-hati dengan kereta ‘recond’ murah – Ikuti tips ini supaya tidak terpedaya
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI