ARKIB

KATEGORI

Buletin

METL – Tayar basikal aloi angkasa lepas pertama di dunia bakal dikomersilkan

Berita Tempatan

Views

Sebuah syarikat pembuat tayar telah bekerjasama Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) untuk menghasilkan tayar basikal aloi angkasa lepas pertama di dunia untuk dipasarkan ke pasaran runcit, lapor laman berita Oddity Central.

JOM BACA >> INTIP : Proton Iriz MC3 crossover dirakam dari jarak dekat, terlihat sedikit bahagian dalam

Menurut K! ONLINE, SMART Tire Company dalam pengumumannya baru-baru ini berkata, tayar basikal tanpa udara berinovasi itu bakal dibangunkan dan diuji oleh NASA untuk misi Mars Rover pada masa akan datang. Digelar METL, tayar canggih itu diperbuat daripada logam memori pintar yang tidak meregang, menyusun semula struktur molekulnya ketika dibengkok dan berupaya kembali ke bentuk asal dalam kadar segera.

NASA menerusi satu kenyataan berkata, wayar dianyam dengan teliti untuk menghasilkan struktur tayar tanpa udara yang mempunyai kebolehan melentur di atas permukaan, tidak seperti tayar basikal biasa. Menurut mereka, bahan aloi memori bentuk (SMA) pula bertindak sebagai penyerap kejutan serta dapat melintasi kawasan berbatu dengan mudah tanpa merosakkan tayar.

JOM BACA >> Proton X50 dipandu penasihat jualan alami kemalangan semasa dalam perjalanan untuk diserah kepada pelanggan?

Secara teknikal, tayar pintar METL adalah sebuah rim dengan bahagian luar diperbuat daripada bahan elastik berteknologi tinggi digelar NiTinol+, yang membentuk mengikut keadaan jalan serta kembali semula ke bentuk asal dengan pantas. Ia mempunyai tahap kelenturan seperti getah namun memiliki kekuatan titanium dan memberi kelebihan kepada pengguna untuk tidak lagi perlu menukar tayar basikal selama-lamanya.

Proses pembuatan tayar METL melibatkan proses memanaskan roda ke suhu melebihi 500 darjah Celcius dan direka khas untuk suhu melampau dan persekitaran planet seperti Marikh. Tayar tersebut dijangka memasuki pasaran pada tahun depan namun anggaran harga masih belum didedahkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Bergesel dengan Exora terbabas punca gandar belakang Alza ini tercabut
JOM BACA >> Berkat jaga ibu sedang sakit, lelaki ini cuma bayar RM1 dan dapat beli Proton X50 di Shopee!
JOM BACA >> Gambaran 3D “King@Myvi” generasi keempat
JOM BACA >> INTIP : Perodua Ativa (D55L) mula tiba di bilik pameran
JOM BACA >> INTIP : Persona dan Iriz MC2 serta versi crossover dirakam dari jarak dekat – Sah pakai logo baharu dan skrin terapung

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply