ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua acah model konsep elektrik ‘EMO-II’, bakal buat kemunculan di KLIMS24!

Berita Tempatan

Views
Perodua EMO-II: A Sneak Peek Into the Future of Mobility

Akaun YouTube dan Facebook rasmi Perodua mula menyiarkan ‘video acah’ model konsep elektrik, Electric Motion-Online II (EMO-II) yang bakal membuat kemunculan di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

Jika dilihat pada siluetnya, model ini merupakan kesinambungan kepada model skala EM-O Concept yang dipertontonkan semasa Malaysia Autoshow 2023.

EM-O II akan menampilkan model dalam skala penuh, lengkap dengan rekaan dalaman. Reka bentuk EM-O II memberi petunjuk kepada model EV Perodua yang bakal dilancarkan selewat-lewatnya pada suku keempat (Q4) 2025..

Jika diimbau kembali spesifikasi EM-O Concept, ia akan dikuasakan oleh motor elektrik tunggal digandar hadapan yang menjana output 95 PS dan dan 121 Nm daya kilas.

skalaSeperti yang dijanjikan, Perodua memperlihatkan sebuah kereta konsep hatchback EV segmen-B yang dikenali sebagai Electric Motion-Online (EM-O) Concept di Malaysia Autoshow 2023.

JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua

Kuasanya setara dengan apa yang dihasilkan oleh enjin 1.3 liter (1NR-VE) yang menjana Myvi dan juga Bezza. Model ini menggunakan bateri jenis lithium ion berkapasiti 50 kWj yang memberikan jarak pemanduan antara 300 km hingga 350 km.

EM-O Concept mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 10 saat dengan kelajuan tertinggi adalah 160 km/j. Dari segi pengecasan, seni bina elektrik 400V / 800V berkembar yang membolehkan kapasiti pengecasan maksimum 300 kW.

Ini membolehkannya dicas 100 peratus dalam tempoh tujuh jam setengah menggunakan pengecas AC standard. Manakala dengan penggunaan pengecasan pantas DC pula, ia boleh dicas sehingga 80 peratus dalam masa 20 minit sahaja.

Dari segi dimensi, EM-O Concept berukuran 3,895 mm panjang, 1,735 mm lebar, 1,515 mm tinggi dengan jarak antara gandar roda 2,500 mm. Ini bermakna ukurannya dimensinya hampir menyamai sebuah Myvi!

Dari segi reka bentuk ia menampilkan gaya reka bentuk moden dan futuristik dengan penggunaan garisan tajam pada reka bentuk lampu depaan dan belakang.

JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu

Selain EM-O Concept, Perodua telah mempamerkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, dikenali sebagai Myvi Conversion semasa Malaysia Autoshow 2024.

Prototaip EV berkenaan terdiri daripada tiga komponen utama iaitu bangku pengujian kuasa (power bench), rangkaian penggerak kuasa (power converter) dan rekaan keseluruhan rangkanya yang dibuat di Malaysia, manakala pembangunan teknologi penukaran kuasa dilakukan dengan syarikat yang berpangkalan di Australia.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad, proses pembangunan bangku pengujian kuasa ini dibuat oleh Perodua dengan kerjasama dari tiga universiti tempatan iaitu Universiti Tenaga NasionalUniversiti Kuala Lumpur dan Universiti Putra Malaysia.

Katanya, Perodua memilih Myvi sebagai model pilihan bagi projek ini kerana ia adalah model kereta yang telah memenangi hati kebanyakan rakyat Malaysia.

Perodua EMO-II akan dipamerkan dari 5 hingga 11 Disember 2024 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) bersempena di KLIMS24. Nantikan kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply