Michelin Malaysia dan KTM Asia telah mengumumkan kerjasama dalam sukan permotoran dan ia yang bakal disaksikan semasa acara perlumbaan kembara motosikal terbesar dunia, Rimba Raid edisi 2024 di Lembah Lenggong, Malaysia pada 25 hingga 29 September nanti.
Tahun ini, Rimba Raid akan mempamerkan integrasi yang sempurna antara teknologi tayar bertaraf dunia Michelin dan motosikal prestasi berkuasa tinggi oleh KTM yang terkenal dengan slogan “Ready To Race” mereka.
Menerusi kolaborasi ini, sebuah pasukan yang dianggotai lima pelumba elit dari Singapura, Malaysia, dan Korea Selatan telah pun ditubuhkan.
Pasukan ini akan membawa cabaran ekstrem tersebut dengan menunggang jentera lumba lasak KTM 890 Adventure R yang dilengkapi dengan tayar berprestasi tinggi, Michelin Enduro Medium.
Berpegang kepada falsafah KTM, motosikal ini akan tampil di garisan permulaan dalam bentuk yang tidak banyak berbeza dengan rupa asal, tetapi dengan beberapa peningkatan dari KTM Powerparts yang diambil secara terus daripada katalog rasmi.
Jentera lumba yang mengagumkan ini bakal dikendalikan oleh sebuah pasukan teknikal dari pihak Michelin dan juga KTM Asia, bagi memastikan prestasi yang optimum di sepanjang acara tersebut.
Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei, Prichapakorn Dangrojana berkata, menerusi usaha sama dengan KTM Asia, mereka bukan sahaja menaik taraf pengalaman perlumbaan, malah memacu kecemerlangan sukan permotoran ke hadapan.
Ia sejajar dengan inisiatif #WeRaceForChange mereka, yang memberi fokus kepada kemampanan, diversiti, dan inovasi dalam sukan permotoran.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Pengurus Besar KTM Asia, Enrico Remigio pula menambah, usaha sama ini membuktikan dedikasi yang dikongsi bersama terhadap kecemerlangan sukan permotoran, dan mereka teruja untuk melihat kolaborasi ini berdepan ujian yang terhebat di Rimba Raid Lenggong 2024.
Perlumbaan lasak ini sememangnya telah menguji keupayaan para penunggang dan jentera mereka ke tahap maksima, kerana pada dua edisi lalu kurang daripada separuh peserta yang telah berjaya menyudahkannya.
Pada tahun 2023, Rimba Raid telah menggamit penyertaan 279 orang pesaing dari 24 buah negara, termasuk 21 orang pelumba wanita.
Perlumbaan ini juga merupakan sebuah pameran dinamik bagi jenama-jenama motosikal yang terkemuka, di mana 19 pengeluar motosikal merebut peluang untuk mengetengahkan produk dan perkhidmatan mereka yang tercanggih.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI