Anak syarikat Proton, PRO-NET telah memperkenalkan model pertamanya, iaitu e.MAS 7 semasa acara perarakan sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 yang berlangsung di Putrajaya pada 31 Ogos lalu.
e.MAS 7 merupakan salah satu model kenderaan yang turut serta dalam perarakan kontinjen khas yang terdiri daripada 25 buah kereta keluaran Proton.
Penampilan awam pertama e.MAS 7 telah disambut dengan penuh keterujaan dan sorakan daripada ribuan penonton yang hadir ke acara tersebut.
Model EV pertama dari jenama tempatan ini telah dipertontonkan kepada media 2 Ogos lalu, manakala pelancaran rasminya akan dilangsungkan pada akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, penampilan ini bukan sahaja menunjukkan dedikasi syarikat terhadap kecemerlangan inovasi, tetapi juga mengukuhkan hubungan antara jenama ini dengan rakyat Malaysia.
Semasa perarakan berlangsung, Proton e.MAS mengajak orang ramai untuk menyertai kempen Merdeka yang sangat interaktif bertajuk “Your Proton e.MAS 7 Dream” untuk berkongsi pengalaman, inspirasi dan visi mereka demi masa depan yang lestari.
Respon yang menggalakan dari rakyat malaysia menunjukkan keterujaan dan kegembiraan mereka terhadap Proton EV yang baharu.
Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-67 ini, Proton e.MAS mengadakan Kempen Kemerdekaan yang menawarkan peluang untuk memenangi kredit e-Wallet TnG sebanyak RM67 kepada 15 peserta yang menghantar komen paling kreatif di laman Facebook atau Instagram Proton e.MAS.
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
Pertandingan ini berlangsung dari 31 Ogos hingga 16 September 2024, dan para pemenang akan diumumkan pada 4 Oktober 2024 menerusi platform media sosial Proton e.MAS.
Untuk menyertainya, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Langkah 1: Ikuti halaman rasmi “Proton e.MAS Cars” di Facebook atau “@protonemasofficial” di Instagram dan tekan butang ‘like‘ pada hantaran “Your Proton e.MAS 7 Dream”!
- Langkah 2: Komen dengan cara yang paling kreatif dan memberi inspirasi dengan melengkapkan ayat: “Proton e.MAS 7, kenderaan elektrik nasional pertama adalah ___.”
- Langkah 3: Tag 3 rakan anda dan kongsi hantaran, ini serta jangan lupa letak slogan #eMAS7Merdeka
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Media Sosial Merdeka “Your Proton e.MAS 7 Dream”, sila rujuk Terma & Syarat di pautan ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
KOMEN TERKINI