ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gambaran digital Mitsubishi Lancer generasi ke-11

Gambaran artis

Views

Mitsubishi Lancer sememangnya nama yang sangat ikonik dan unggul dalam sukan permotoran, khususnya rali. Jika diikutkan ia telah pupus setelah pengeluar dari Jepun itu menamatkan legasinya beberapa tahun yang lalu. Generasi terakhirnya setakat ini, Grand Lancer telah dilahirkan di Taiwan pada 2017 dan ia merupakan model yang mewarisi DNA reka bentuk terkini Mitsubishi dengan menampilkan jeriji ‘Dynamic Shield’.

Baru-baru ini, kedengaran desas-desus yang mengatakan Mitsubishi bakal menghidupkan kembali model sedan ini ke pasaran global pada masa depan. Dikhabarkan, Mitsubishi kini sedang merancang untuk membangunkan Lancer Evolution generasi ke-11 dan jika ia benar, secara logiknya sudah pasti model Lancer versi biasa akan muncul terlebih dahulu.

JOM BACA >> INTIP : Proton Saga facelift 2019 varian Premium dikesan di dua lokasi berbeza

Jadi, pereka grafik dari laman permotoran Kolesa telah cuba membuat gambaran awal bagaimana rupa Lancer generasi ke-11. Dengan menjadikan Renault Megane sedan sebagai model asas, mereka mengubahsuai hampir keseluruhan reka bentuknya dengan menyuntik elemen reka bentuk terkini Mitsubishi.

Elemen jeriji ‘Dynamic Shield’ pada model ASX dan Triton facelift telah diolah dengan begitu baik pada bahagian depan dan ia dipadankan dengan sepasang lampu LED nipis serta lampu nyalaan siang LED (DRL) yang berlapis pada bahagian bampar. Pada pemerhatian kami, ia merupakan gabungan yang cukup mantap dan menjadikan rekaan digital ini lebih moden dan sporty.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji Saga facelift 2019 varian Standard

Permainan dwi-tona warna, putih dan kelabu gelap berjaya memberi illusi optik bumbung terapung, sekaligus menjadikan rekaan tersebut nampak lebih dinamik. Gaya rekaan ini sebenarnya diilhamkan dari model konsep Mitsubishi Engelberg Tourer. Di bahagian belakang, pereka tersebut telah memasukkan rekaan lampu LED berbentuk melintang yang kini menjadi trend semasa.

Bampar belakang juga nampak lebih kemas dan ringkas dengan rekaan seperti diffuser pada bahagian tengah yang menyembunyikan paip ekzos. Secara keseluruhan, rekaan digital ini sangat baik dan pemilihan Renault Megane sedan sebagai asas sememangnya tepat kerana menurut laporan, generasi baharu Lancer nanti mungkin berkongsi pelantar dengan generasi terbaharu model tersebut.

Apa pendapat anda mengenai rekaan digital Mitsubishi Lancer generasi ke-11 ini? Kami suka, anda pula bagaimana?

JOM BACA >> Gambaran reka bentuk rim 15 inci Proton Saga facelift 2019
JOM BACA >> Proton Saga facelift 2019 – Harga mungkin turun, ini yang pasti ada
JOM BACA >> PANAS : Foto papan pemuka Proton Saga facelift 2019 varian Standard pula tertiris
JOM BACA >> RISIK : Proton X70 versi CKD – Apa yang kami tahu setakat ini

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply