ARKIB

KATEGORI

Buletin

Minyak habis, kira-kira 200 buah kenderaan terkandas

Tular

Views

Kira-kira 200 buah kenderaan terkandas akibat kehabisan bekalan minyak di sebuah stesen minyak di Kampung Saujana di Setiu, kehabisan pada Jumaat.

Menurut Astro AWANI, pengguna, Azuddin Yusoff, dia memulakan perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan untuk ke Pahang sebelum terkandas di stesen minyak berkenaan sekitar jam 6 petang Jumaat.

Katanya sehingga jam 11 malam, dia bersama pengguna yang lain masih terkandas selepas kehabisan bekalan bahan api tersebut.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

“Jadi lebih kurang 200 kereta terkandas di sini. Kami kesal dengan kejadian seperti ini. “Sepatutnya pihak berkuasa atau pihak stesen minyak ambil tindakan, cari jalan untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Sementara itu penyelia stesen minyak berkenaan Hafikir Zaki memohon maaf di atas kesulitan yang dialami para pengguna. “Saya minta maaf atas kesesakan yang berlaku, kesusahan yang dialami pelanggan disebabkan bekalan minyak terputus.

“Lori yang menghantar minyak telah datang tapi kerana kesesakan yang berlaku, kenderaan yang bergerak perlahan, sepatutnya sampai lebih awal tapi kerana kereta terlalu banyak kereta menyebabkan lori tergendala untuk sampai pada waktunya,” katanya.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Difahamkan sekitar jam 12 malam tadi lori yang membawa bekalan minyak berkenaan tiba di stesen minyak tersebut.

Sementara itu Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata penggunaan di luar jangkaan berikutan sambutan perayaan Aidilfitri menyebabkan bekalan di sesetengah stesen minyak kehabisan bekalan dan perlu menunggu stok baharu tiba.

Tambah beliau, pihaknya juga sentiasa dimaklumkan oleh syarikat minyak dan juga pemilik stesen minyak tentang status semasa bekalan serta tindakan proaktif mereka bagi memastikan keberadaan bahan bakar ini di pasaran.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Shasya Edora

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply