ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tayar BFGoodrich Advantage Touring dilancarkan – 67 saiz, dari 13 hingga 20 inci

Berita Tempatan

Views

BFGoodrich baru-baru ini telah melancarkan barisan tayar tayar ‘BFGoodrich Advantage Touring’ yang dirumus untuk jentera sedan, pikap, van mini, dan CUV/SUV.

Tayar ini menawarkan liputan pasaran yang menjangkau lebih 85 peratus bagi lingkungan saiz dari 13 hingga 20 inci dan hadir dengan 67 bilangan dimensi termasuk 30 yang baharu.

Menurut Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Oliver Biggart, tayar baharu ini mencuri perhatian dengan penawaran saiznya yang ekstensif, di samping prestasi dan estetika yang dinaik taraf.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Bukan itu sahaja, ia turut didatangkan dengan waranti pengeluar selama 6 tahun, menawarkan pengguna nilai yang hebat dengan kualiti bertaraf premium.”

Antara ciri-ciri utama BFGoodrich Advantage Touring:

  • Estetika dan prestasi bunyi hingar yang dipertingkatkan –  Ini disumbang oleh reka bentuk bunga tayar baharu yang serba dinamik dan ringkas, di samping corak bunganya yang tidak berarah dan tidak bersimetri dengan tapak yang dioptimumkan menggunakan komputer bagi mengurangkan bunyi hingar ruang kabin.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

  • Direka untuk pengendalian dan pembrekan yang lebih cemerlang dalam apa jua situasi, reka bentuk bunga tayar tidak bersimetrinya menampilkan blok dan bahu serba tegar yang membekalkan daya pengendalian serta kawalan yang responsif. Blok bunga bersaiz besar dengan alur yang dalam memberikan prestasi membrek yang luar biasa dalam keadaan jalan raya basah mahupun kering. Reka bentuk tayar ini yang diilhamkan oleh sukan permotoran.
  • Ciri kedalaman yang memberi keyakinan kepada pemandu sepanjang hayat tayar ini, dan ia disumbang oleh teknologi jalur saling mengunci yang mengurangkan geseran dan pembentukan haba, sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api di samping lapisan kontak paling optimum yang dirumus khas untuk pasaran dengan cuaca panas yang melampau.

BFGoodrich Advantage Touring ditawarkan dalam 67 saiz tayar (diberi penarafan kelajuan H, T, dan V) dalam lingkungan 13 hingga 20 inci. dan kini boleh didapati di rangkaian pengedar BFGoodrich yang sah seluruh negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply