Seorang remaja tidak memiliki lesen yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) merempuh dua pekerja pemotong rumput dalam kemalangan di Jalan Pintasan Semeling, Bedong di Sungai Petani, hari ini.
Menurut UTUSAN, dalam kemalangan pada pukul 11 pagi itu, salah seorang mangsa terlibat yang merupakan warga Myanmar meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan mendapati MPV terlibat dipandu remaja lelaki berusia 16 tahun yang tidak memiliki lesen memandu.
JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini
Menurutnya, remaja yang tinggal di Laguna Merbok itu juga adalah seorang pelajar di sebuah sekolah menengah.
Kata Zaidy, setakat ini, remaja terbabit sudah ditahan dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian. Remaja terbabit yang memandu Perodua Alza tidak cedera dan dia ditahan bagi membantu siasatan.
Menurut beliau, mangsa, Cinglowpa, 20, meninggal dunia akibat parah di kepala manakala rakan senegaranya, Jamal Husson Fozol Haque, 33, pula patah bahu kanan dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut.
JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!
Katanya, kemalangan itu berlaku ketika mereka berehat di bahu jalan bersama beberap orang lagi rakan sekerja selepas memotong rumput di kawasan tersebut.
Kemalangan itu berlaku apabila sebuah kereta Perodua Alza dari arah lampu isyarat Semeling yang dipandu laju oleh remaja terbabit hilang kawalan dan terbabas ke kiri bahu jalan sebelum merempuh dua batang pokok.
Selepas itu, kenderaan tersebut kemudian merempuh mangsa dan sebuah motosikal dipercayai milik salah seorang pekerja pemotong rumput tersebut.
Zaidy memberitahu, pemandu Perodua Alza itu pula tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan itu. Tambahnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!
KOMEN TERKINI