ARKIB

KATEGORI

Buletin

Misi pencarian pemandu trak terbaik ‘UD Trucks Extra Mile’ bermula

Berita Tempatan

Views

Misi mencari pemandu trak terbaik yang mampu mengaplikasikan aspek logistik pintar dalam dunia pemanduan trak kini bermula! UD Trucks dan Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE) membuka tirai acara tahunan UD Trucks Extra Mile Challenge (UDEMC) yang dianjurkan untuk tahun keempat di Malaysia baru-baru ini.

Pertandingan ini bertujuan mendidik dan memberi motivasi untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan para pemandu trak menerusi ujian latihan, teori dan praktikal. Semua peserta yang mengambil bahagian perlu menjalani program latihan komprehensif UD Trucks yang terdapat di dalam struktur pertandingan tersebut.

Pertandingan itu juga bermatlamat untuk mengekalkan para pemandu yang bagus, membantu mereka terus maju dan mengadaptasi terhadap perubahan dalam industri. UDEMC adalah pertandingan pertama seumpamanya yang dijalankan oleh jenama trak Jepun di pasaran ini ketika ia dilancarkan pada tahun 2016.

JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?

Pengarah Urusan UD Trucks Hub Malaysia, Steve Hedouin berkata, UDEMC diadakan sebagai maklum balas mereka terhadap memenuhi permintaan logistik pintar yang kian meningkat dengan memberi fokus kepada pemandu trak keluarannya. Tambah beliau lagi, UDEMC adalah lanjutan kepada janji jenama itu untuk merentasi jauh demi para pelanggan.

Pertandingan ini juga menambah melengkapkan kekuatan mereka dalam membina trak lebih pintar yang diperlukan oleh dunia pada hari ini. Sepanjang pertandingan ini, para pemandu berpeluang menunjukkan kemahiran, pengetahuan dan profesionalisme dalam siri ujian yang melibatkan pemeriksaan kondisi trak sebelum memandu, penjimatan bahan api, pemanduan selamat, kemahiran menukar haluan dan memarkir.

Tujuan utama struktur pertandingan ini adalah untuk meniru kitaran umum pengangkutan. Ia juga mengajar para pemandu membayangkan cara menjalankan operasi logistik yang menguntungkan, melalui cara mengekalkan kos operasi yang rendah, mengelak kemalangan dan memastikan tempoh pejalanan lebih pendek melalui pemanduan yang efisien. Semua ini akan menghubungkan kemahiran pemandu dengan realiti perniagaan.

JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

Ketua Pegawai Eksekutif TCIE, Jaclyn Loy berkata, pertandingan ini bukan sahaja tentang kemampuan teknikal pemandu, malah ia juga menggalakkan pemandu berfikir secara komersial dan bagaimana kecekapan mereka boleh meningkatkan produktviti. Ia secara tidak langsung memberi manfaat kepada semua melalui penjimatan bahan api serta keselamatan.

Penyertaan UDEMC terbuka kepada semua pemandu trak Quester yang layak dan bekerja dengan pelanggan UD Trucks kerana mereka akan diuji menggunakan trak tugas berat UD Quester. Pertandingan ini diadakan dalam beberapa peringkat melibatkan pusingan kelayakan yang mengambil tempat di seluruh negara.

Pusingan kelayakan bakal diadakan di Batu Caves, Johor Bahru, Bukit Mertajam dan Kuantan. 10 orang pemandu yang mencatat skor terbaik akan bersaing di peringkat akhir Malaysia yang akan diadakan di TCIE Ipoh pada November ini. Pemandu terbaik dari Malaysia akan berpeluang mewakili negara dan bersaing dengan pemandu lain dari seluruh dunia di peringkat akhir di Jepun pada April tahun depan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X50 dan X70 CKD kini di Kuala Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dan X70 CKD menuju ke Terengganu
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 jalani ujian bersama X70 CKD
JOM BACA >> INTIP : Kelibat Proton X50 pemanduan sebelah kanan dikesan lagi, kali ini di jambatan Pulau Pinang
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 pemanduan sebelah kanan mula diuji

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply