ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X90 terima hampir 5,000 tempahan, lebih 500 unit telah diserahkan

Berita Tempatan

Views

Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) menerima hampir 5,000 unit tempahan untuk Proton X90 serba baharu sejak ia dilancarkan pada Mei lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya Roslan Abdullah berkata, sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan sehingga ke hari ini, sudah lebih 500 unit diserahkan kepada pelanggan.

Ujar beliau, pihaknya menjangkakan penghantaran kepada pelanggan akan bertambah pada Julai nanti dan tempoh menunggu kini juga adalah kurang daripada enam bulan untuk mendapatkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-D ini.

Beliau berkata demikian dalam majlis perasmian Pusat Pengalaman Digital Proton DX, semalam. Perasmian disempurnakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Turut hadir, Pengerusi Proton Tan Sri Syed Faisal Albar; Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech, Li Pu dan Ketua Pegawai Eksekutif China Construction Bank Malaysia, Wang Qijie.

Varian Flagship adalah pilihan utama pembeli dan X90 juga membantu menambah jumlah sasaran jualan Proton pada tahun ini melebihi yang dicatatkan pada tahun lalu iaitu 141,432 unit.

Selain itu, model Saga terus menjadi model paling laris jualannya selain SUV X50 yang menjadi pilihan utama pembeli Proton di negara ini.

Dalam majlis sama, Proton menerusi anak syarikatnya Aco Tech yang dimiliki bersama oleh Altel dan Ecarx memperkenalkan Proton DX di Quill City Mall, Kuala Lumpur.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Proton DX disasarkan untuk peminat kereta dan teknologi daripada semua peringkat usia serta mengembangkan minat golongan muda terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Berkeluasan 5,275 kaki persegi meliputi enam zon dalam menawarkan pengalaman konsep dan visual yang menggabungkan inovasi mobiliti masa hadapan.

Menyentuh mengenai perkembangan teknologi kenderaan tenaga baharu (NEV) Proton menerusi anak syarikatnya Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET), sebagai pengedar kenderaan elektrik (EV) smart Automobile Company (smart) bakal melancarkan model #smart1 untuk pasaran tempatan pada suku keempat tahun ini.

Buat masa ini, sudah terdapat tujuh pengedar jenama itu dan menyasarkan untuk menjadikan jumlahnya kepada sembilan pada hujung tahun ini. – Harian Metro

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply