ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi lancar eK X EV, kembar kepada Nissan Sakura

Berita Global

Views

Serentak dengan pelancaran ‘kei car’ elektrik, Nissan Sakura, Mitsubishi turut memperkenalkan ‘klon’nya yang dikenali dengan eK X EV (X dibaca sebagai ‘cross‘).

Model ini merupakan ahli baharu dalam keluarga eK X dan akan berada di pasaran Jepun pada musim panas nanti. Dari segi reka bentuk, eK X EV kelihatan seperti model SUV, Outlander versi ‘penyek’ dari arah depan.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Ia bukan sesuatu yang menghairankan kerana Mitsubishi memasarkan siri eK X sebagai kei car dengan gaya SUV. Dari segi harga, eK X EV agak mampu milik Dengan tanda harga 1,848,000 yen (RM63,445).

Sama seperti Nissan Sakura, anda akan dapat sebuah EV jenama Jepun yang mempunyai jarak pandu 180 kilometer dengan sekali cas penuh. Bateri 20-kWhnya juga boleh dicas penuh dalam tempoh lapan jam menggunakan pengecas biasa (AC200V/14.5A).

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Bateri kereta kecil ini juga hanya memerlukan 40 minit untuk mencapai 80 peratus dengan menggunakan pengecasan pantas. Ia memadai kerana menurut tinjauan Mitsubishi, kira-kira 80 peratus pengguna kei car dan kereta kompak hanya memandu sejauh 50 km atau kurang daripada itu setiap hari.

Treknkuasa Mitsubishi eK X EV mampu menjana 63 kuasa kuda dengan 195 Nm daya kilas, cukup untuk membawa anda ‘pusing-pusing’ dalam bandar atau untuk berulang-alik ke tempat kerja.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply