ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan perkenal ‘kei car’ elektrik, Sakura – Jarak pandu 180km, harga dari RM61k

Berita Global

Views

Nampaknya pengeluar kereta dari Jepun sudah tidak sanggup lagi melihat kemaraan pengeluar dari negara China yang ‘bertalu-talu’ memperkenalkan kereta elektrik (EV).

Pada bulan Oktober 2019, Nissan telah memberi petanda awal untuk melancarkan ‘kei car’ elektrik di Jepun menerusi model konsep IMk.

Setelah hampir tiga tahun berlalu, hari ini versi pengeluarannya muncul jua dan diberi nama Sakura (nama sejenis bunga, bukan watak anime Naruto). Model EV aras-mula ini mempunyai radius pusingan hanya 4.8 meter.

Model hatchback cilik berbentuk kotak ini sebenarnya tidak jauh berbeza dengan model konsepnya iaitu IMk. Reka bentuk rim aloinya yang sangat ranggi itu diinspirasikan dari simpulan hiasan Jepun yang dikenali sebagai ‘Mizuhiki’.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Dari segi dimensi, Sakura berukuran 3,395 mm panjang, 1,475 mm lebar, dan 1,655 mm tinggi, manakala jarak antara gandarnya pula 2,495 mm. Boleh tahan luas juga kan, tetapi bagaimana ia berjaya dicapai?

Jawapannya, dengan menggunakan pelantar kereta elektrik khusus untuk meminimumkan overhang dan meningkatkan jarak antara gandar untuk ruang kaki dalaman yang lebih besar.

Kei car ini mampu memuatkan empat penumpang dan menawarkan kapasiti bagasi sebanyak 107 liter. Model ini juga merupakan EV paling ringan, dengan berat hanya 1,070 kilogram.

Nadi penggerak Sakura ini adalah motor elektrik yang mampu menjana 63 kuasa kuda dan 195 Nm daya kilas. Meskipun ia tidak dapat memecahkan rekod sepusingan di litar Nürburgring, Sakura mampu menjana kelajuan tertinggi 130 km/j, memadai untuk pemanduan di dalam bandar.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Para jurutera di Nissan telah ‘menyumbat’ hatchback cilik ini dengan pek bateri lithium-ion dengan kapasiti 20-kWh dan ianya cukup untuk menggerakkan kereta ini sejauh 180km.

Agak menarik, bateri itu juga boleh dijadikan sebagai ‘bank kuasa’ untuk menjana sebuah rumah selama sehari, sekiranya anda tidak memerlukan lebih dari 12 kW. Bateri ini memerlukan lapan jam untuk dicas sepenuhnya, tetapi cukup sekadar 40 minit untuk mencapai kapasiti 80 peratus.

Meskipun ia bukanlah EV yang paling berkuasa, Sakura dilengkapi dengan mod Sport, selain Standard dan juga Eco. Sakura menggunakan operasi satu injak, hasil daripada brek penjanaan semula dengan mengurangkan injak pemecut.

Menurut Nissan, mereka telah membangunkan ruang kabin paling senyap dalam segmen kereta kecil dan model ini merupakan kereta pertama yang mampu dikawal, memecut, membrek, menukar gear dan menggunakan brek parkir secara automatik, menerusi sistem ProPILOT Park.

Ditawarkan dalam pilihan varian S, X, dan G, harga Nissan Sakura bermula dari 1.78 juta yen (RM61,001) untuk varian asas, selepas ditolak dengan insentif subsidi tenaga hijau negara Jepun sebanyak 550,000 yen (RM18,843).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply