ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta termahal di dunia, Mercedes-Benz 300 SLR Uhlenhaut Coupé telah dijual – Harga RM624 juta

Berita Global

Views

Gergasi automotif Jerman, Mercedes-Benz mengumumkan bahawa pihaknya berjaya menjual kereta paling mahal di dunia, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

KOSMO! ONLINE melaporkan, Mercedes-Benz model SLR 1955 yang selama ini disimpan dalam koleksi pengeluar kereta dari Stuttgart itu telah dijual kepada pemilik persendirian pada harga AS$142 juta (RM624 juta).

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Syarikat pemantauan koleksi kereta, Hagerty berkata, nilai tersebut menjadikan kenderaan mewah tersebut kereta paling mahal pernah dijual.

Wang hasil jualan itu akan digunakan untuk menubuhkan Dana Mercedes-Benz iaitu sebuah dana biasiswa global, kata Mercedes dalam satu pengumuman.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Rekod harga jualan kereta termahal sebelum ini dilaporkan AS$70 juta (RM307 juta) bagi kereta Ferrari 250 GTO 1963 pada 2018. Mercedes yang baru dijual itu adalah salah satu daripada dua prototaip 300 SLR Uhlenhaut Coupé.

Kereta berusia 67 tahun itu dinamakan sempena ketua jurutera Mercedes pada masa itu, Rudolf Uhlenhaut dan dikatakan mampu mencapai kelajuan tertinggi 299 kilometer sejam.

Ia telah dijual dalam lelongan secara jemputan tertutup di Muzium Mercedes-Benz di Stuttgart pada 5 Mei lalu. Lelongan itu diadakan dengan kerjasama syarikat lelongan kereta RM Sotheby’s.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply