ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi lancar Mirage dan Attrage facelift di Thailand

Berita Global

Views

Mitsubishi Motors Corporation (MMC) menerusi satu kenyataan media mengumumkan pelancaran model Mirage dan Attrage facelift untuk pasaran Thailand. Jualan untuk pasaran lain akan menyusul kemudian. Kedua-dua model ini bakal dipamerkan di Thailand International Motor Expo 2019 yang akan membuka tirai pada 28 November 2019.

Dengan perubahan kosmetik yang dilakukan, ia memberikan gaya luaran yang lebih garang dan dinamik serta rekaan kabin yang lebih elegan. Mirage dan Attrage merupakan model strategik global MMC dan telah terjual kira-kira 140,000 unit dalam tahun 2018. Ia dikeluarkan di kilang pengeluaran Mitsubishi Motors Thailand yang terletak di Laem Chabang.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Mirage dan Attrage facelift menampilkan wajah hadapan dengan identiti baharu jenama Mitsubishi iaitu Dynamic Shield. Reka bentuk lampu hadapan kini lebih tajam dan nampak lebar. Ia menggabungkan kombinasi mentol jenis LED yang bersambung dengan jeriji, manakala lampu kabusnya terletak pada penjuru bampar.

Reka bentuk belakang juga diberikan sentuhan gaya yang lebar dan lebih stabil menerusi penjuru bampar yang berbentuk petak dan kombinasi lampu belakang dengan susunan LED membentuk huruf L. Kedua-dua model ini ditawarkan dengan warna baharu White Diamond, manakala Mirage diberi satu lagi tambahan warna iaitu Sand Yellow.

Ia turut dilengkapi dengan rim aloi rekaan baharu bersaiz 15-inci, untuk model Mirage ia menggunakan kemasan dwi-tona gaya potongan berlian (diamond-cut), dan Attrage pula menggunakan kemasan perak yang nampak elegan.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Ruang kabin kedua-dua model ini kini lebih mesra-pengguna dan lebih bergaya. Perehat lengan hadapan kini menampilkan rekaan baharu dan kawasan yang bersentuhan dihiasi dengan kemasan kain yang lembut. Panel meter dan panel suis tingkap kuasa menggunakan corak karbon yang sporty.

Kemasan tempat duduk pada model Mirage nampak lebih ranggi dengan kombinasi fabrik dan kulit sintetik. Model Attrage pula mendapat kemasan monoton dengan balutan kulit sintetik. Kemasan jejalur dan bebenang  pada bahagian sisi tempat duduk pada kedua-dua model menambahkankan lagi sentuh elegan.

Unit infohiburannya kini menampilkan sistem Smartphone Display Audio (SDA) dengan paparan bersaiz 7-inci yang lebih terang dan jelas. Sistem SDA ini pula menyokong operasi Apple CarPlay. Mirage dan Attrage facelift dikuasakan oleh enjin 1.2 liter tiga-silinder yang digandingkan dengan pilihan transmisi lima-kelajuan manual atau CVT. Kedua-duanya bakal dikategorikan dalam segmen Kereta Eco Thailand Fasa 2.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply