ARKIB

KATEGORI

Buletin

Teksi TX4 masuk pasaran Asia Tenggara – Dipasang di Thailand

Berita Tempatan

Views

Pelancaran model pertama TX4 pemasangan tempatan yang dikeluarkan oleh Thailand Asia Cab baru-baru ini menandakan kemasukan Geely New Energy Commercial Vehicle Group (GCV) ke pasaran Asia Tenggara. Bermula dengan TX4, GCV merancang untuk memperkenalkan barisan penuh produk kenderaan komersial keluarannya ke pasaran Asia Tenggara dalam masa terdekat.

Siri teksi TX mula diperkenalkan hampir seabad yang lalu sebagai model teksi pertama yang dilancarkan oleh London Electric Vehicle Company (LEVC), yang merupakan anak syarikat GCV. Pada 2006, Geely Holding Group membeli pegangan saham dalam Manganese Bronze, yang merupakan pemilik terdahulu LEVC dan menubuhkan syarikat usahasama Shanghai Yinglun Dihua Automobiles untuk menghasilkan dan menjual TX4 di China serta pasaran lain.

JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L

Setelah mengambil alih sepenuhnya Manganese Bronze pada 2013, Shanghai Yinglun Dihua Automobiles menjadi anak syarikat milik penuh Geely Holding Group dan diletakkan di bawah pengurusan GCV. Pada 2018, Shanghai Yinglun Dihua dan Asia Cab telah menandatangani perjanjian kerjasama untuk pengeluaran dan jualan model TX4 di Thailand.

TX4 mempunyai jarak gandar 2883mm dan tinggi 1823mm kekal menjadi teksi yang direka khusus untuk London. Berbanding dengan model sebelum TX4 yang dihasilkan di UK, versi TX4 keluaran Asia Cab akan dilengkapi dengan enjin petrol moden untuk pasaran baharu. Kenderaan tersebut menggunakan kepingan keluli bergalvani dan bar impak sisi yang diperkukuhkan bagi memaksimakan perlindungan penumpang.

JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020

Ia didatangkan dengan konfigurasi tempat duduk teksi 1+2+3 yang unik dan memudahkan kemasukan kerusi roda (golongan OKU). TX4 pernah dijadikan kenderaan penumpang semasa acara besar seperti Olimpik Beijing 2008, Shanghai World Expo 2010 dan Sukan Asia Guangzhou 2010.

Berucap semasa majlis pelancaran, Presiden Geely New Energy Commercial Vehicle Group dan Pengerusi LEVC, Zhou Jianquan berkata, GCV komited untuk merapatkan kerjasama ekonomi antara China dan rantau ASEAN termasuk Thailand selaras dengan inisiatif “Belt and Road”.

Pelancaran TX4 pertama buatan Thailand ini merupakan sejarah penting dalam strategi globalisasi GCV. Ia merupakan asas kukuh untuk memperkenalkan barisan penuh produk kenderaan komersial keluarannya dan membuka jalan untuk GCV ke pasaran dunia.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply