ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi XFC Concept bakal buat penampilan sulung di Vietnam Motor Show 2022

Berita Global

Views

Mitsubishi memperkenalkan sebuah model konsep SUV kompak yang dikenali sebagai XFC Concept sempena Vietnam Motor Show 2022 pada 26 hingga 30 Oktober nanti.

Model ini memberi gambaran awal versi pengeluaran yang bakal dilancarkan di rantau Asia Tenggara (ASEAN) pada 2023. Ia tidak akan menggantikan mana-mana model sedia ada di pasaran dan akan menjadi model serba baharu.

XFC Concept dibangunkan sendiri oleh Mitsubishi dan ia tidak akan menjadi pengganti kepada ASX, kerana model tersebut telah pun diganti dengan versi ‘rebadgedRenault Captur di pasaran Eropah.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Ini bermakna, XFC Concept akan berada di antara ASX dan Eclipse Cross. Di pasaran ASEAN, SUV baharu itu akan menambah lagi barisan model sedia ada, di bawah model Xpander dan Xpander Cross.

Model konsep ini menampilkan bahasa reka bentuk baharu, yang merupakan evolusi terkini tema “Dynamic Shield“. Reka bentuk lampu hadapannya berbentuk-T, yang sekilas pandang mirip model keluaran Polestar.

Rekaan jeriji ala EVO X memberikan paras rupa yang lebih garang, manakala plat gelincir gaya-aluminum di bawah jeriji tersebut pula bergabung dengan sepasang lampu LED berbentuk heksagon.

Dari bahagian sisi belakang, ia nampak sado dengan lengkung tayar yang menonjol, bumbung gaya terapung, pemegang pintu yang tersorok dan sepasang kamera bagi menggantikan cermin sisi.

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian

Di belakang, ia menampilkan lampu jenis LED yang berbentuk hampir serupa dengan lampu hadapan, manakala bampar belakangnya dihiasi sepasang jejalur heksagon bercahaya yang menyerupai corong ekzos.

Ruang kabinnya pula kelihatan sudah hampir dengan versi pengeluaran dan ia menampilkan kokpit digital dwi-skrin, stereng tiga jejari dengan butang peka-sentuhan, konsol tengah terapung bersama tombol gear futuristik, bolong udara tersembunyi, tempat duduk sporty dan bumbung suria memanjang.

Buat masa ini Mitsubishi masih belum mengesahkan sama ada model SUV tersebut akan ditawarkan dengan pacuan roda hadapan (FWD) atau pacuan semua roda (AWD), pelantar dan juga rangkaian kuasanya. Namun, ia mempunyai lega tanah yang agak tinggi dan pilihan empat mod pemanduan – Normal, Wet, Gravel dan Mud.

Versi pengeluarannya dijangka tiba di pasaran ASEAN pada musim bunga 2023, termasuk di Vietnam. Menurut presiden dan CEO Mitsubishi Motors, Takao Kato, mereka kini sedang giat membangunkan varian elektriknya dan berharap ia akan menjengah pasaran di luar rantau ASEAN.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply