Pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melawan arus di Kilometer 31.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara yang videonya tular, sudah ditahan polis semalam (Rabu).
Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pemandu wanita berusia 35 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri di Kangkar Pulai, Skudai.
Jelas beliau, pegawai dan anggota dari Bahagian Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai telah mengesan dan menahan wanita berkenaan pada jam 1 tengah hari.
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
Polis merampas kereta Perodua Myvi berwarna putih untuk siasatan dilakukan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000.
Sebelum itu, pada Selasa tular satu video berdurasi 11 saat dimuat naik di laman Facebook memaparkan sebuah kereta Myvi dipandu melawan arus di Kilometer 31.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala Kulai.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Polis Daerah Kulai
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Perodua Alza 2022 (D27A) terdedah! Deretan unit pengeluaran tular di media sosial!
KOMEN TERKINI