Sumpahan crossover jadian kini berjangkit kepada model MPV kompak Mitsubishi Xpander yang dijual di Indonesia dan beberapa negara ASEAN lain dengan pengenalan varian terbaharu Xpander Cross semalam. Senang cerita, Xpander Cross adalah versi yang lebih tinggi berbanding model sedia ada dan digayakan dengan beberapa elemen reka bentuk ala SUV.
Mitsubishi berkata, lega tanah Xpander Cross ini lebih tinggi 20 mm dan ia dipasang dengan pelekap badan plastik, bampar yang diubahsuai dengan plat gelincir, bar bumbung kemasan perak dan hiasan di bawah tingkap pintu belakang dengan kemasan hitam piano.
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
Selain itu, Xpander Cross lebih lebar 50 mm berbanding versi standard disebabkan oleh lengkung tayar yang lebih lebar dengan tayar profil besar pada rim bersaiz 17 inci. Varian ini merupakan yang paling tinggi dalam barisan model Xpander dan ia bakal berentap dengan Toyota Rush. Crossover jadian ini ditawarkan dengan dua pilihan warna baharu, Graphite Gray metalik dan Sunrise Orange metalik.
Kedua-duanya boleh digabungkan dengan kemasan dalaman hitam/coklat dengan panel hiasan dengan kemasan jaring perak. Varian ini masih menawarkan tujuh tempat duduk tiga baris. Tempat duduk belakang di baris kedua boleh dilipat 60:40, manakala baris ketiganya pula boleh dilipat 50:50.
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
Xpander Cross masih mengekalkan enjin petrol 1.5-liter empat silinder yang mampu menghasilkan 103 kuasa kuda. Penjana ini digandingkan dengan pilihan transmisi lima-kelajuan manual atau empat-kelajuan automatik yang dipacu oleh roda hadapan. Sama seperti versi biasa, Xpander Cross akan dikeluarkan di kilang Mitsubishi Cikarang, Indonesia.
Jualannya akan bermula di Indonesia mulai 13 November 2019, manakala pasaran eksport ke negara ASEAN bakal menyusul kemudian. Sungguhpun kehadirannya terhad di beberapa pasaran negara ASEAN terpilih, Xpander telah menjadi model ke-empat terlaris Mitsubishi Motors dalam tahun fiskal 2018, dengan jualan hampir 104,000 unit setakat ini.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
KOMEN TERKINI