ARKIB

KATEGORI

Buletin

Datuk mengaku tidak bersalah pandu Lamborghini Huracán Coupé secara berbahaya

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu Lamborghini bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di Kota Tinggi pada Khamis atas pertuduhan memandu secara berbahaya di Lebuhraya Senai-Desaru, hujung bulan lalu.

Tertuduh, Lim Thean Seng, 65, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Rashidah Baharom.

Mengikut pertuduhan, warga emas itu didakwa memandu kereta Lamborghini Huracán Coupé di jalan raya dengan cara merbahaya kepada orang awam di Kilometer (KM) 54.4 hingga KM 55.5 Jalan Lebuhraya Senai – Desaru, kira-kira jam 10 pagi, 29 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000 jika sabit kesalahan.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Selain itu, tertuduh turut dihadapkan dengan pertuduhan pilihan iaitu memandu kenderaan mewah itu secara gopoh hingga mungkin menyebabkan bencana kepada seseorang yang lain di lokasi, waktu dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Khairuddin Khalid manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan.

Sebelum itu, pihak pendakwaan mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000, namun Mohd Syakirin Syazwan memohon kadar minimum kerana anak guamnya menghidapi banyak komplikasi kesihatan.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Mohd Syakirin Syazwan berkata, anak guamnya yang merupakan ahli perniagaan itu mempunyai penyakit kencing manis dan pernah melakukan dua kali pembedahan jantung selain pernah mengalami strok sebelum ini.

Dalam masa yang sama, anak guamnya itu perlu menjalani pemeriksaan kesihatan setiap bulan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin, selain menetapkan 5 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pada 31 Julai, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata polis membuka kertas siasatan terhadap lima pemandu Lamborghini yang memandu secara bahaya di Lebuhraya Senai-Desaru, Kota Tinggi pada 29 Julai. Sementara itu kereta mewah itu juga disita untuk siasatan lanjut.

Rakaman video berdurasi 71 saat memaparkan beberapa buah kenderaan jenis Lamborghini memotong laluan secara berbahaya di Lebuhraya Senai-Desaru turut tular di media sosial sebelum ini. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply