Kita semua tahu model semasa Perodua Alza akan ditamatkan pengeluarannya pada April nanti dan ia akan memberi laluan kepada model serba baharu yang dikenali dengan namakod D27A.
Ini disahkan sendiri oleh Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad. Selain model MPV serba baharu itu, menurutnya ada dua model tingkat taraf dari model sedia ada akan diperkenalkan dalam tahun ini.
Kata beliau Perodua mempunyai kemampuan untuk melancarkan dua model kemas kini kecil (facelift) dan satu model serba baharu setiap tahun.
Kini timbul ura-ura yang mengatakan model pengganti Alza (D27A) itu akan mendapat nama baharu. Menurut rakan kami di WapCar.my, ini kerana model D27A akan mempunyai ciri yang lebih premium dan canggih berbanding model semasa.
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
Ia dikuatkan lagi dengan info kami dalam artikel terdahulu yang mengatakan UMW Toyota dijangka akan menggugurkan nama Avanza dan akan digantikan Veloz, kembar kepada model ini di Indonesia dan Thailand.
Menurut carian WapCar.my di portal Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), setakat ini Perodua masih belum lagi mendaftar tanda dagang untuk nama baharu, kecuali beberapa nama sedia ada seperti:
- Axeda
- Myca
- Lasaq
- Impax
Antara keempat-empat nama tersebut, Axeda nampak agak sesuai, namun ada kemungkinan Perodua akan memberikan nama lain yang lebih menarik dan mudah diingati bagi melambangkan identiti generasi baharu Perodua selepas Ativa.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Theophilus Chin
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
KOMEN TERKINI