ARKIB

KATEGORI

Buletin

Selain model pengganti Alza (D27A), dua model ‘naik taraf’ bakal dilancarkan tahun ini

Berita Tempatan

Views

Semalam, dalam sesi sidang media selepas pengumuman perancangan Perodua untuk 2022, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad memberi gambaran mengenai model-model yang bakal dilancarkan dalam tahun ini.

Menurut rakan media di Paultan.org, beliau berkata Perodua bakal melancarkan satu model serba baharu dan dua model tingkat taraf dari model sedia ada. Kata beliau Perodua mempunyai kemampuan untuk melancarkan dua model kemas kini kecil (facelift) dan satu model serba baharu setiap tahun.

Bagi tahun 2022, Perodua telah memperuntukkan sebanyak RM529.1 juta daripada jumlah RM1.3266 bilion secara keseluruhan, hanya untuk pembangunan model baharu. Persoalan yang timbul kini, model sedia ada manakah yang akan dinaik taraf untuk tahun 2022?

Seperti yang kita tahu, Perodua bakal memperkenalkan model MPV tujuh-tempat duduk bagi menggantikan Alza dengan namakod D27A. Kembar kepada Daihatsu Xenia/Toyota Avanza/Veloz di pasaran Indonesia ini dibangunkan dari Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

Ia akan mula dikeluarkan setelah pengeluaran model semasa Alza tamat pada April nanti. D27A mungkin hanya ditawarkan dengan enjin 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i (103 PS, 136 Nm daya kilas) yang dipadankan dengan transmisi transmisi D-CVT.

Pada firasat kami, dua model yang bakal dinaik taraf tahun ini adalah dua model SUV, iaitu Aruz dan juga Ativa hibrid. Aruz yang dilancarkan pada Januari 2019 sudah memasuki ‘pertengahan kitaran hayat’ dan sampai masanya ia diberikan ‘nafas baharu’ untuk tampil lebih segar.

Tahun lalu, Perodua memperkenalkan Aruz yang diperbaharui dengan ciri-ciri tambahan seperti pemijak sisi, penguncian pintu automatik dan warna baharu iaitu Passion Red (yang eksklusif untuk varian AV).

Jadi, untuk tahun ini kami menjangkakan ada perubahan kosmetik akan dibuat pada model ini dengan tambahan beberapa ciri baharu. Mungkin, Aruz 2022 akan ditawarkan dengan sistem ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Satu lagi model yang akan dinaik taraf berkemungkinan adalah Ativa yang akan ditawarkan dengan penjana hibrid.

Kelibat unit ujian Daihatsu Rocky e:Smart Hybrid telah beberapa kali dikesan oleh orang awam dan Datuk Zainal sebelum ini pernah berkata yang Perodua kini sedang menjalankan kajian pasaran bagi kenderaan hibrid di Malaysia.

Jika ramalan kami tepat, ini bermakna Ativa bakal menjadi model hibrid sulung Perodua dan mungkin menjadi model hibrid buatan Malaysia yang pertama.

Seperti yang kami war-warkan dalam artikel terdahulu, Perodua bakal melancarkan model Axia serba baharu (namakod D74A) pada tahun 2023 dan ada ‘desas-desus’ mengatakan, sebuah lagi model SUV segmen-B akan dilancarkan dalam tahun yang sama.

Nantikan info selanjutnya dari semasa ke semasa!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply