Portal TheEdge Market melaporkan, AmInvestment Bank Research berkata model pertama dari Projek Kereta Nasional Baharu (NNCP) besar kemungkinan adalah sedan hibrid dalam segmen-C. Firma penyelidikan itu berkata, prototaip model tersebut bakal diperkenalkan pada bulan Mac 2020, manakala model pengeluarannya bakal menyusul setahun selepas itu (Mac 2021).
JOM BACA >> Gambaran SUV kompak Perodua D55L
Menurut firma tersebut, mereka cukup yakin dengan kemampuan teknologi tempatan yang ada pada ketika ini, model pertama NNCP nanti bukanlah kereta elektrik sepenuhnya. Sebaliknya, ia mungkin kenderaan hibrid yang menggabungkan enjin pembakaran dalaman dengan sistem motor elektrik.
Memandangkan ia mungkin menjadi kenderaan segmen-C, harga yang akan diletakkan nanti bukanlah untuk pasaran massa tetapi ia disasarkan kepada pasaran pengguna khusus. Tambah AmInvestment, model yang akan dikeluarkan oleh NNCP itu nanti tidak akan menjadi ancaman kepada jenama nasional sedia ada seperti Proton dan Perodua.
JOM BACA >> Illustrasi digital gambaran Perodua Bezza facelift 2020
NNCP dijangka memberi manfaat kepada industri E&E dan industri semikonduktor tempatan melalui pemindahan teknologi dan pakatan strategik dengan nama yang lebih besar, contohnya. Daihatsu, Toyota dan Geely. AmInvestment berkata, kita sudah melihat hasil daripada usahasama antara Proton-Geely di mana model-model baharu Proton telah dipertingkatkan dengan teknologi terkini seperti sistem infohiburan pintar pada harga yang sangat berpatutan.
Dalam artikel sebelum ini, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), YB Datuk Ignatius Dorell Leiking dalam satu sidang media khas pada bulan Ogos lalu telah mengumumkan DreamEdge sebagai peneraju NNCP dan akan ia bakal mendapat sokongan kepakaran teknologi termaju dari Daihatsu.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> Tokyo Motor Show 2019 : SUV kompak baharu Daihatsu diperkenalkan – Bayangan awal Perodua D55L?
JOM BACA >> INTIP : Proton X50 dikesan sekitar bandar Gua Musang
JOM BACA >> Honda City 1.0 liter turbo bakal dilancarkan di Thailand November ini
JOM BACA >> INTIP : Proton uji dua varian X50 termasuk versi Sport?
JOM BACA >> Mat Bond kata Proton X70 CKD bakal guna transmisi 7-kelajuan dwi-klac (DCT), betul ke?
KOMEN TERKINI