ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lagi kes tertekan injak pemecut – Proton Persona rempuh kedai stesen minyak

Berita Tempatan

Views

Rasanya dalam tahun ini sudah ada beberapa kes yang melibatkan kesilapan tertekan injak pemecut hingga merempuh premis perniagaan. Yang terbaharu berlaku petang semalam di sebuah stesen minyak di Batu 26, Pekan Nanas.

JOM BACA >> Dua beradik dari Belanda bina Proton Wira teksi semata-mata untuk ‘layan’ litar Nürburgring

Menurut Kosmo, seorang pemandu kereta Proton Persona berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya merempuh kedai serbaneka di sebuah stesen minyak Shell. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, dalam kejadian itu pemandu berusia 23 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

JOM BACA >> Satu-satunya ‘Proton Putra WRC’ di planet bumi jadi warisan kekal Proton Motorsports

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati, pemandu kereta tersebut dikatakan membelok masuk ke stesen untuk mengisi minyak. Tambahnya, pemandu itu dikatakan tertekan injak pemecut hingga menyebabkan kereta meluncur laju dan merempuh kedai serbaneka.

Kata beliau lagi, rempuhan itu telah mengenai bahagian hadapan pintu stesen minyak, namun tiada sebarang kecederaan berlaku. Mustafa berkata, kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Tergamak Proton abaikan ‘warisan teknologi’ mereka hingga jadi barang lusuh – Adakah ia bakal dilelong?
JOM BACA >> Proton tak jadi lelong 7 model kereta ini di Pickles Auctions!
JOM BACA >> Beberapa lagi ‘harta karun lama’ Proton dan Lotus bakal dilelong Pickles Auctions pada 23 Julai nanti!
JOM BACA >> RISIK : Perodua D55L mungkin dilancar awal tahun depan, bakal ada 3 varian
JOM BACA >> 36 tahun menabur jasa – ‘Pemandu terhebat’ di Proton, Tengku Azizan bersara

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply