ARKIB

KATEGORI

Buletin

Modenas lancar Elegan 250 dengan sistem brek ABS – Harga RM15,315

Berita Tempatan

Views

Petang tadi Modenas secara rasminya melancarkan skuter terbaharu mereka secara maya iaitu Elegan 250 dengan sistem brek ABS. Model yang dibangunkan dari model Kymco ini dijual pada harga RM15,315 tidak termasuk insurans dengan jaminan selama dua tahun atau 20,000 km (yang mana terdahulu).

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Hanya dua warna ditawarkan sebagai pilihan iaitu Satin Matte Red dan Satin Matte Black. Dari segi reka bentuk, ia tidak banyak berubah berbanding model sebelumnya namun ia diberi beberapa penambaikan. Elegan 250 ABS dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 250cc SOHC sejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) yang menghasilkan 22.1 kuasa kuda pada 7,000 rpm dan 22.4Nm daya kilas pada 6,500 rpm.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Apa yang menarik Elegan 250 ABS ini dilengkapi dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran di depan dan belakang, lampu depan jenis projector dengan lampu siang LED (DRL) dan lampu belakang jenis LED dengan pencahayaan yang bersilang seperti huruf X. Skuter ini mempunyai ruang penyimpanan bawah pelana dengan kapasiti agak besar yang boleh memuatkan dua buah topi keledar, termasuk beg bersaiz kecil.

Ia turut dilengkapi dengan slot pengecas USB di dalam kotak simpan barang serta paparan meter kombinasi analog dan digital yang memaparkan maklumat seperti kelajuan, odometer, jam digital, indikator voltan bateri dan peringatan servis. Elegan 250 ABS boleh didapati di semua pengedar sah Modenas bermula bulan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply