ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyo lancar Proxes CR1 untuk kereta penumpang dan SUV – Harga bermula dari RM160

Berita Tempatan

Views

Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd malam tadi telah melancarkan tayar baharu Proxes CR1 yang direka khusus untuk segmen kereta penumpang dan SUV di Malaysia. Ia mempunyai empat manfaat yang berbeza, iaitu Senyap, Selamat, Selesa dan Gred Tinggi.

Tayar ini menggunakan bahan penyerap bunyi di dalam tayar mampu untuk mengurangkan kadar kebisingan di jalan raya dan mampu untuk meningkatkan keseronokan pemanduan. Corak bunga tayar yang menampilkan ciri Out-In Different pitch arrangement, ditambah dengan lapisan perlindungan kebisingan mampu mengurangkan kadar pelepasan tenaga bunyi yang terhasil di setiap bahagian.

Proxes CR1 menawarkan prestasi yang unggul ketika berada di jalan basah dan kering. Ia mempunyai corak saliran yang terdiri daripada empat jalur lebar utama, yang membantu penyaluran air dengan cepat dari kawasan sentuhan.

JOM BACA >> INTIP : Adakah ini SUV kompak baharu Perodua (D55L)?

Ciri triple taper & rib membantu menambah baik ketahanan terhadap kehausan bunga dan meningkatkan prestasi dalam keadaan kering. Manakala ciri multi-wave sipe membantu menghalang kadar kehausan yang tidak sekata pada sisi tayar. Jointless cap ply pula menambah baik prestasi pemanduan pada halaju tinggi.

Proxes CR1 direka untuk menawarkan pemanduan yang lebih lancar dan menyenangkan dengan penggunaaan teknologi canggih yang dikenali sebagai T-Mode dan Nano Balance. Dari segi prestasi secara keseluruhan, Proxes CR1 mampu mengurangkan sehingga 11 peratus kadar bunyi, dan 2 peratus pengurangan kesan aquaplaning, sekaligus menjadikan ia lebih baik berbanding model terdahulu, Nano Energy 3.

Selain daripada itu, Proxes CR1 turut mempunyai kadar rintangan golek yang lebih rendah yang menyumbang kepada penggunaan bahan api yang lebih baik. Menurut Tan Song Chye, Presiden/Pengarah Urusan Toyo Tyre Sales and Marketing Malaysia Sdn Bhd, Proxes CR1 adalah sangat ideal untuk digunakan pada kedua-dua kenderaan Jepun dan Continental, khususnya kereta dan SUV antara segmen A sehingga
segmen D.

JOM BACA >> Al-kisah Honda City – Evolusi 5 generasi

Tengku Djan Ley, pelumba drift professional Malaysia berpeluang menguji sendiri tayar Proxes CR1 ini pada kereta Mercedes-Benz C230 beliau. Berdasarkan maklum balas beliau, tayar CR1 ini menawarkan pemanduan yang selesa dan selamat untuk lebuh raya dan jalan biasa, selain mendapati kadar bunyi bising yang terhasil adalah minimum.

Tayar Proxes CR1 untuk kereta penumpang boleh didapati dalam 36 saiz bermula dari rim berdiameter 14 inci hingga 18 inci, manakala tayar Proxes CR1 SUV terdapat dalam 9 saiz untuk rim berdiameter 17 inci hingga 19 inci. Harga jualannya bermula dari RM160 hingga RM440, manakala tayar SUV Proxes CR1 pula bermula dari RM380 hingga RM580 bergantung kepada saiz tayar.

Ia boleh didapati di Pusat Tayar Toyo, dan Pusat Tayar Silverstone di seluruh negara. Bersempena dengan pelancaran tayar baharu ini, para pengguna yang membeli satu set tayar Proxes CR1 akan menerima hadiah percuma berupa payung edisi terhad Proxes CR1 sementara stok masih ada.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Ini jumlah modal yang bakal ‘hangus’ kalau nak ubah Yamaha R25 anda jadi versi Power Rangers
JOM BACA >> Elakkan memandu dalam keadaan tangki minyak kereta hampir kering, ini akibatnya…
JOM BACA >> Mutu khidmat lepas jualan teruk, lelaki ini rasa menyesal beli Proton X70
JOM BACA >> Ada pemilik Proton X70 resah terpaksa ‘tunggu stok alat ganti’ sampai berbulan-bulan?
JOM BACA >> MESTI TONTON : Tengah syok rakam video Proton X50 sedang diuji, tiba-tiba…

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply