ARKIB

KATEGORI

Buletin

Modenas Ninja 250 Öhlins Edition diperkenalkan – Terhad 180 unit sahaja, harga RM 20,500

Berita Tempatan

Views

Anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (Modenas), Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS) semalam telah memperkenalkan model edisi terhad, iaitu Modenas Ninja 250 Öhlins Edition.

Seperti yang kita sedia maklum, Öhlins ialah peneraju dunia dalam teknologi suspensi termaju dengan teknologi tercanggih.

Hanya satu warna iaitu Metallic Carbon Gray ditawarkan dan harga jualan untuk model edisi terhad ini adalah RM 20,500 (tidak termasuk insurans dan juga cukai jalan).

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Model yang berasaskan varian bukan-ABS ini terhad kepada 180 unit sahaja, dan tanpa sebarang perubahan lain pada mekanikal mahupun aspek kosmetiknya.

Ia dijana oleh enjin dua silinder DOHC 249 cc yang digandingkan bersama transmisi enam-kelajuan dengan cekam jenis assist & slipper, yang menghamburkan 37 kuasa kuda pada 12,500 rpm dan 23 Nm daya kilas pada 10,000 rpm.

Bagi mengotimumkan prestasi tunggangannya, ia dilengkapi dengan sistem suspensi belakang mono Öhlins KA 744, STX 36 Supersport yang boleh dilaras sepenuhnya.

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023

Memadangkan ia dipasang oleh Modenas, model ini akan dilindungi oleh jaminan selama dua tahun atau 20,000 km oleh pengeluar.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan, dengan adanya suspensi ini, motosikal ini sangat stabil, terutama sekali ketika di selekoh.

Ia akan diserahkan secara berperingkat dan boleh didapati di semua rangkaian pengedar sah Kawasaki yang tertera pada laman sesawang syarikat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan
JOM BACA >> Foto Alza 2022 (D27A) warna Garnet Red tertiris, unit pameran dan pandu uji mula dihantar!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply