ARKIB

KATEGORI

Buletin

MotorManiac Rebound ‘Edisi Utara’ bakal gegar PERDA Ventures pada 18 Mac ini!

Berita Tempatan

Views

MotorManiac Rebound kembali untuk tahun 2023 dengan tema “Lebih Kuat, Lebih Baik dan Lebih Bertenaga”. Acara yang dianjurkan oleh Bateriku (M) Sdn Bhd (Bateriku.com) mengumumkan jerayawara ke seluruh negara bermula dengan ‘Versi Utara’ yang akan diadakan di PERDA Ventures, Kubang Menerong, Pulau Pinang pada 18 Mac 2023.

Acara itu akan menampilkan lebih 800 buah kereta yang diubah suai daripada peminat kereta di seluruh Malaysia yang terdiri daripada model JDM (Pasaran Domestik Jepun) seperti Nissan Skyline R34, Toyota Supra dan Honda S660.

Tidak ketinggalan jentera Continental termasuklah BMW E30, Ferrari serta “Kereta Buatan Malaysia” seperti Perodua Myvi, Proton Satria Waja dan Wira. Bintang rock tempatan, Hazama bakal membuat persembahan semasa acara tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

Menurut Don MotorManiac, Mikhail Faizi (Mike), pihaknya ingin mengucapkan terima kasih kepada PERDA Ventures kerana menyediakan lokasi acara yang menampung sekurang-kurangnya 15,000 peminat kereta.

Tambahnya, ‘Edisi Utara’ di Pulau Pinang akan menjadi lokasi pertama pada 2023 sebelum menjelajah ke Pantai Timur, Selatan dan berakhir di wilayah Tengah menjelang akhir tahun.

MotorManiac juga bersedia untuk membawa pertandingan ikoniknya iaitu Car Limbo dan 2-Steps ke Pulau Pinang buat julung kalinya.

JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul

Selain itu, pelbagai pertandingan lain akan turut diadakan antaranya, Best of Stance, Best Engine Bay, Best Fitment, Best Wheels, Cleanest Car, Best Paint Job, Best Wrap, Most Unique Car, Best Interior dan Best Concept Car.

‘Edisi Utara’ menyaksikan sokongan padu daripada rakan industri seperti Allianz Malaysia, Emerald-Brembo, Wahdah, SugarBomb, Garaj GoCar, dan Lubrex-FZC.

Ketua Pegawai Eksekutif Bateriku.com, Azarol Faizi pula berkata, dengan jangkaan pengunjung mencecah 15,000 orang, acara ini berpotensi untuk menjadi tarikan pelancong di semua negeri yang akan diterokai.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply