ARKIB

KATEGORI

Buletin

Toyota lancar Yaris ‘minorchange’ di Thailand – Empat varian, harga dari RM72k

Berita Global

Views

Meskipun versi sedannya iaitu, Toyota Yaris Ativ@Vios mendapat model serba baharu, Yaris versi hatchback masih lagi menggunapakai versi sedia ada dan hanya mendapat kemaskini kosmetik kecil sahaja.

Toyota Motor Thailand hari ini melancarkan Yaris perubahan minor (minorchange) yang menampilkan rekaan lampu hadapan LED serba baharu dan juga bampar yang lebih agresif.

Di belakang, ia boleh dikatakan hampir tidak berubah dengan mengekalkan lampu belakang model semasa, namun dengan bampar baharu bersama  diffuser dan liang udara sisi ‘olok-olok’ rekaan menegak.

Empat pilihan varian ditawarkan, iaitu:

  • Varian Sport –  559,000 baht (RM72,145)
  • Varian Smart – 619,000 baht (RM79,891)
  • Varian Premium – 679,000 baht (RM87,635)
  • Varian Premium S – 694,000 baht (RM89,571)

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

Yaris (minorchange) ini ditawarkan dengan pilihan warna badan satu tona dan dwitona (bumbung hitam). Berikut adalah pilihan warna yang ditawarkan:

  • Attitude Black Mica, Metal Stream Metallic, Urban Metal dan Platinum White Pearl – Satu tona
  • Cement Gray Metallic, Spicy Scarlet, Platinum White Pearl dan Red Mica Metallic – Dwitona

Rekaan ruang kabin Yaris (minorchange) juga tidak banyak berubah, namun dikemaskini dengan tempat duduk rekaan baharu, perincian pada panel dan slot USB C.

Dua varian mercu iaitu Premium dan Premium S menerima paparan skrin inforia jenis terapung bersaiz 9-inci, skrin 8-inci untuk varian Smart dan 7-inci untuk varian Sport.

JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul

Model ini masih mengekalkan rangkaian kuasa yang sama iaitu enjin 3NR-VE 1.2 liter yang menghasilkan output 92 PS dan 109 Nm daya kilas. Enjin ini dipadankan dengan transmisi CVT.

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi dengan ciri keselamatan standard seperti Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).

Varian Premium dan Premium S pula dilengkapi dengan sistem keselamatan aktif seperti Sistem Pra-Perlanggaran dengan brek kecemasan automatik, Amaran Keluar Lorong, Amaran Lintasan Trafik Belakang dan Pemantau Titik Buta,

Selain itu, Toyota Thailand turut menawarkan pelbagai aksesori asli dan juga tiga pakej penggayaan untuk penampilan luaran. Berikut adalah senarai pakej yang ditawarkan:

  • Lusso – 19,990 baht (RM2,580)
  • Chiaro – 9,690 baht (RM1,251)
  • Presto – 16,500 baht (RM2,130)

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Headlightmag.com

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply