ARKIB

KATEGORI

Buletin

Prototaip ART Sarawak dijana hidrogen mula jalani ujian di China

Berita Tempatan

Views

Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) mencapai satu lagi kejayaan besar dengan siapnya pemasangan prototaip Transit Aliran Autonomi (ART) berkuasa hidrogen di Zhuzhou, China.

Menurut kenyataan media Sarawak Metro Sdn Bhd hari ini, ART itu kini sedang menjalani Proof-of-Concept‘ (POC) peringkat pertama sehingga pertengahan Mac ini.

Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin bersama rombongan memeriksa prototaip yang baru sahaja siap di fasiliti CRRC Zhuzhou Institute Co Ltd, China pada Isnin.

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

Beliau turut menaiki kenderaan hidrogen itu selama hampir sejam bersama delegasinya yang terdiri daripada wakil Kementerian Pengangkutan Sarawak, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dan Sarawak Metro Sdn Bhd.

Kim Shin menegaskan projek ini penting, bukan sahaja untuk Sarawak tetapi juga untuk syarikat China yang merupakan anak syarikat milik penuh CRRC Corporation Limited.

Ujar beiau, ini adalah projek baharu dan penting bagi pihaknya dan untuk (CRRC Zhuzhou Institute) kerana ia akan membuka peluang untuk mempamerkan kejayaan teknologi ini luar dari China.

JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul

Kim Shin turut menekankan kepentingan Projek KUTS sebagai projek perintis untuk kedua-dua Sarawak dan CRRC Zhuzhou Institute di luar China, justeru beliau mengharapkan kerjasama selanjutnya dapat dijalinkan pada masa hadapan.

Berikutan peringkat awal latihan POC di China, peringkat kedua latihan POC untuk kenderaan ART ini akan dijalankan di Kuching menjelang suku ketiga tahun ini.

Prototaip ART untuk latihan POC ini berukuran 30.2 meter panjang, 2.65 meter lebar dan 3.7 meter tinggi dan boleh mencapai kelajuan sehingga 70 kilometer sejam selain mempunyai kapasiti 241 penumpang. – TVS

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!
JOM BACA >> INTIP : Unit ujian Proton X90 (VX11) dirakam dari jarak dekat, kelihatan stereng di sebelah kanan
JOM BACA >> INTIP : Ini baru betul ‘testing kaw-kaw’, sampai unit ujian Proton X90 (VX11) rosak di tepi jalan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply