ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mudah.my tempa nama dalam ‘Malaysian Book of Records’, platform terbaik untuk jual-beli kereta terpakai

Views

Mudah.my, platform jual-beli kereta terpakai no.1 di Malaysia, sedang giat menambah jumlah kereta terpakai yang telah diperiksa lengkap dengan jaminan. Ini adalah selari dengan usahanya untuk menempa nama di dalam ‘Malaysia Book of Records’.

Jaminan selepas jualan ini adalah selari dengan program Pemeriksaan & Perlindungan Kenderaan Mudah (mVIP) yang dilancarkan pada bulan Ogos tahun lalu. Ia terbahagi kepada tiga jaminan: pertama, dengan mengesahkan pendaftaran kereta dan maklumat pemilik kereta.

Kedua, mengesahkan keadaan sebenar kereta dengan proses pemeriksaan yang komprehensi dan ketiga, menawarkan peluang kepada pembeli kereta untuk membeli jaminan tambahan bagi melindungi pembeli dari sebarang kos pembaikan di masa akan datang.

Menurut Gaurav Bhasin, KPE, Mudah.my, program mVIP ini telah dilancar untuk mencipta pasaran kereta yang telus dan dipercayai dengan memberikan laporan yang jujur tentang keadaan kereta yang akan dibeli.

JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?

Tambahnya, pengesahan dari Malaysian Book of Records membuktikan komitmen kami bagi mewujudkan proses jual beli kereta terpakai dalam talian yang mudah dan telus.

Menurut laporan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) baru-baru ini, Jumlah Keseluruhan Industri (TIV), yang mewakili jumlah jualan tempatan kenderaan penumpang dan komersial, mencatatkan 43 peratus lebih tinggi pada Oktober 2021 (63,489 unit) berbanding September 2021 (44,275 unit).

Secara keseluruhannya, Mudah.my kini mempunyai lebih 7 juta pelawat unik setiap bulan dan lebih daripada 90,000 kenderaan untuk jualan.

Dengan tambahan rangkaian pemeriksa terlatih MUV untuk menjanakan laporan dalam talian, program mVIP oleh Mudah.my bakal memberikan rakyat Malaysia dengan pilihan terbesar kereta terpakai yang diperiksa dengan jaminan di Malaysia.

Ketua Mudah Auto, Peter Wong, berkata sejak program mVIP dilancarkan tiga bulan yang lalu, lebih 2,000 kenderaan terpakai telah disenaraikan lengkap dengan jaminan.

JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’

Dengan keadaan ekonomi yang bertambah pulih dan keadaan industri yang semakin positif berdasarkan laporan MAA baru-baru ini, pihaknya menjangkakan jumlah ini akan meningkat.

CEO MUV, Andy Te pula menambah, usahasama strategik ini membenarkan pihaknyai berkongsi kepakaran kami dalam pemeriksaan kenderaan terpakai melalui rangkaian pusat dan hab pemeriksaan di seluruh negara.

Tambahnya lagi, mereka juga gembira kerana telah mencapai sasaran untuk mencatatkan jumpah 5,000 kereta yang diperiksa di platform Mudah.my, dan akan meneruskan misi untuk membantu rakyat Malaysia membeli kereta tanpa perlu rasa bimbang.

Layari https://www.mudah.my/mvip/ atau muat turun aplikasi Mudah.my untuk melihat kategori kenderaan yang tersenarai. Pemilik kereta digalakkan untuk melayari https://www.mudah.my/used-car-market-value untuk menyemak harga kereta.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply