ARKIB

KATEGORI

Tular

Mujur sempat turun, empat lelaki terselamat Perodua Rusa dirempuh kereta api

Tular

Views

Empat lelaki sempat menyelamatkan diri selepas van yang mereka naiki dirempuh kereta api dalam kejadian di Jalan Perumahan Kampung Anak Kinarut, dekat Papar pada petang Rabu.

Dalam kejadian jam 6.05 petang itu, pemandu van berusia 42 tahun cedera ringan manakala tiga lagi penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta api dalam perjalanan dari Sembulan menuju ke Beaufort.

Menurutnya, ketika kejadian pemandu kereta api terbabit mendapati sebuah van jenis Perodua Rusa masuk dan berhenti di atas landasan kereta api.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Pemandu kereta api telah membunyikan hon isyarat semasa menghampiri kawasan dan cuba menekan brek namun gagal berhenti dan seterusnya melanggar kenderaan terbabit.

Tambahnya, pemandu kereta api hanya menyedari kenderaan itu dalam jarak 20 meter di hadapan dan menyebabkan rempuhan itu tidak dapat dielakkan.

Beliau berkata, siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati palang untuk menutup laluan jalan raya di landasan itu tidak berfungsi.

Namun, terdapat seorang penjaga palang berada di lokasi yang berdiri di bahagian kanan pondok lintasan kereta api di mana hanya dapat menahan kenderaan yang lalu dari satu lorong sahaja.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Pemandu Perodua Rusa pula mengatakan bahawa dia tidak menyedari ada kereta api yang lalu di kawasan itu dan ketika kejadian dia tidak berhenti semasa menghampiri laluan kereta api kerana palang tidak diturunkan atau laluan tidak ditutup.

Jelasnya, semasa memandu lalu di landasan, enjin keretanya tiba-tiba mati dan menyebabkan ia tidak dapat bergerak sebelum dirempuh kereta api berkenaan.

Sehubungan itu, penjaga palang telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 337 Kanun Keseksaan kerana telah menyebabkan kecederaan dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini juga diminta menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Inspektor Wong Yew Zhung di talian 010-5635169. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksiD

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply