ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kes penipuan ‘beli kereta import murah’ secara dalam talian meningkat – PDRM

Berita Tempatan

Views

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan peningkatan kes penipuan jual beli kenderaan secara dalam talian tahun ini dimana 818 kes direkod setakat Mei lalu dengan membabitkan kerugian RM9.7 juta.

Modus operandi yang dijalankan sindiket adalah menawarkan kenderaan import terpakai kononnya dari negara jiran pada harga lebih murah berbanding pasaran di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, taktik tersebut digunakan sindiket penipuan penjualan kenderaan secara dalam talian untuk memperdaya mangsa yang mengimpikan memiliki kereta mewah.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Ujar beliau, tahun lalu, sebanyak 1,336 kes direkodkan dengan kerugian lebih RM18,884,583, manakala 309 kes membawa kerugian lebih RM4,431,409 pada tahun sebelumnya.

Katanya, berdasarkan siasatan, modus operandi yang sering digunakan adalah mengiklankan kenderaan import terpakai yang kononnya dari Singapura, Thailand, Jepun dan sebagainya di medium media sosial.

Harga yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding pasaran semasa. Mangsa berminat dengan tawaran itu kemudian akan diminta memasukkan wang ke akaun keldai konon untuk pembayaran wang proses, cukai jalan, geran, kastam dan sebagainya.

Jelas Ramli, bagaimanapun selepas wang dimasukkan, kenderaan dijanjikan tidak diterima mangsa. Sehubungan itu, Ramli menasihati masyarakat supaya mengambil langkah pencegahan sebelum membuat pembelian seperti menyemak harga jualan semasa kenderaan terpakai di pasaran.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Selain itu, pembeli juga boleh hadir secara fizikal ke syarikat jualan kenderaan terpakai untuk melihat sendiri kenderaan yang dijual serta berbincang dengan ejen jualan sah.

Jangan mudah percaya dengan iklan jualan kenderaan terpakai yang menawarkan harga terlalu murah atau istimewa atas alasan pengecualian cukai kastam, kereta rampasan dan sebagainya yang tidak dapat dipastikan kesahihan.

Beliau juga menyarankan pembeli agar memastikan urusan perjanjian jual beli melalui kaedah yang diperakui supaya tidak menjadi mangsa.

Tambahnya, pembeli juga boleh membuat semakan pengesahan akaun bank dan talian telefon terlebih dahulu di portal semakmule untuk mengenal pasti akaun terbabit penipuan. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan, kredit Kereta MURAH Import dan Terpakai

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply