ARKIB

KATEGORI

Buletin

Gracshaw lancar topi keledar Edisi Jepun – Enam pilihan reka bentuk, harga RM420

Berita Tempatan

Views

Jenama topi keledar buatan Malaysia yang diedarkan oleh Double Site Marketing Sdn Bhd, Gracshaw hari ini secara rasmi melancarkan topi keledar Edisi Jepun.

Enam pilihan reka corak ditawarkan, iaitu Kurita, Tsuru, Japop, Tengu, Oda dan Karasu. Ia buat julung kalinya dipamerkan semasa Terengganu Bike Week 2023 baru-baru ini.

Gracshaw Edisi Jepun tersedia dalam bentuk topi keledar muka terbuka dwi visor model popular Gracshaw Gennex. Harga runcit yang disyorkan ialah RM420 dan setiap unit dibekalkan dengan beg galas eksklusif.

Menurut Farizan bin Md Akir dari Bahagian Pemasaran, Double Site Marketing, Edisi Jepun ini direka bentuk di Pulau Pinang dan dibuat di Jitra, Kedah untuk menjadikan topi keledar ini produk Malaysia sepenuhnya.

Jelas Farizan, pihaknya mengambil masa hampir lapan bulan untuk membangunkan topi keledar tersebut daripada peringkat konsep hinggalah kepada pengeluaran.

Visi mereka adalah untuk menawarkan pelindung kepala yang menggabungkan kualiti, keselesaan dan gaya bagi memenuhi kehendak penunggang yang sofistikated dan bergaya.

Tambah Farizan, mereka percaya produk Edisi Jepun ini bakal menambat hati penunggang motosikal Malaysia dan merancang untuk mengeksport produk ke pasaran lain di rantau Asia Tenggara pada tahun hadapan.

Reka bentuk Gracshaw Edisi Jepun memberi tumpuan pada tiga elemen utama – pernyataan gaya, ekspresi individu dan lanjutan kepada personaliti.

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak

Enam reka bentuk unik yang menampilkan elemen Jepun yang menarik terdiri daripada tiga tema utama, iaitu; cerita rakyat yang menarik, budaya pop yang mengujakan dan catatan sejarah.

Cerita Rakyat yang Menarik

Reka bentuk Kurita (クリタ) diilhamkan daripada cerita dongeng Jepun yang popular dan menonjolkan sotong gergasi, salah satu raksasa laut yang dihantar untuk mendapatkan semula permata suci yang dicuri dari Istana Raja Naga oleh penyelam mutiara, Puteri Tamatori. Elemen reka bentuk lain termasuk pedang katana, mutiara, ombak dan bunga.

Reka bentuk Tsuru 鶴 (つる) pula menampilkan burung jenjang bermahkota merah, yang merupakan antara burung yang paling jarang ditemui di dunia. Ramai yang menganggap burung ini sebagai simbol tuah, umur panjang dan kesetiaan.

Di Jepun, burung jenjang ini dikenali sebagai tanchōzuru dan dikatakan hidup sehingga 1,000 tahun. Burung jenjang dikatakan memberi pertolongan sebagai balasan atas pengorbanan, seperti dalam Tsuru no Ongaeshi (burung jenjang membalas budi).

Budaya Pop

Reka bentuk Japop (ジャポップ) diinspirasikan oleh anime dan manga sebagai sesuatu yang menarik. Gabungan unsur-unsur tradisional yang menarik seperti ikan dan haiwan dengan dinosaur dan watak manga popular Astro Boy.

Bagi peminat tema yang lebih misteri, Gracshaw menawarkan reka bentuk Tengu 天狗 (てんぐ) yang merupakan makhluk sakti nakal daripada cerita rakyat Jepun dan dikatakan memiliki kuasa mengawal angin yang hebat.

JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial

Dengan muka merah, hidung panjang, jubah dan sayapnya, tengu tidak boleh diusik kerana dia boleh menyebabkan huru-hara.

Catatan Sejarah

Reka bentuk Oda 織田 (おだ) memberi pengiktirafan kepada Nobunaga Oda, hulubalang Jepun yang berani semasa zaman Sengoku. Sebagai ketua puak Oda yang berkuasa, dia berperang dengan ketua-ketua feudal lain dan berjaya menyatukan Jepun pada tahun 1560an.

Pertempuran Okehazama dianggap sebagai salah satu peristiwa paling penting dalam sejarah Jepun dengan Oda mengalahkan tentera yang berjumlah 10 kali ganda berbanding pasukannya sendiri.

Elemen reka bentuk utama termasuk Oda yang memegang katana memakai topeng yang menakutkan, dengan bayangnya yang menaiki kuda berlatarbelakangkan matahari terbit dan pokok bakung.

Reka bentuk terakhir, Karasu (カラス) pula menampilkan senjata yang digunakan oleh para ninja seperti shuriken, kunai dan kusarigama.

Ninja tersohor, Hattori Hanzo yang berkhidmat dengan puak Tokugawa dengan cemerlang, telah mendapat pujian kerana menyelamatkan nyawa Tokugawa Ieyasu, seorang shogun yang kemudiannya memerintah seluruh Jepun.

Hanzo mengetuai pasukan pahlawan ninja perkasa seramai 200 orang dan dikatakan memiliki pelbagai kebolehan ghaib yang membuatnya tidak dapat dikalahkan.

Topi keledar Gracshaw Edisi Jepun boleh dibeli secara dalam talian menerusi https://shop.gracshaw.com, Kedai Rasmi Gracshaw di Shopee dan Facebook.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman
JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply