ARKIB

KATEGORI

Tular

Muncung jet F-35B Lightning II terjunam dengan cara pelik, juruterbang berjaya selamatkan diri

Views

Seorang juruterbang Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) berjaya menggunakan kerusi anjal untuk keluar dari sebuah jet pejuang kalis radar F-35B Lightning II bernilai £80 juta (RM429.85 juta) di Texas, lapor potal berita The Sun semalam.

Juruterbang itu menggunakan kerusi anjal selepas jet tersebut mendarat dalam keadaan yang pelik apabila muncungnya terjunam pada landasan ketika ia mendarat secara tegak di sebuah pangkalan tentera di Fort Worth, kelmarin.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Rakaman video luar biasa menunjukkan jet itu turun secara menegak perlahan-lahan seperti pendaratan sebuah helikopter dan sebaik sahaja mendarat, ia melantun beberapa kali ke udara sebelum muncungnya menjunam di atas landasan.

Pada ketika itu, juruterbangnya menggunakan kerusi anjal untuk menyelamatkan diri, manakala syarikat Lockheed Martin iaitu pengeluar jet tersebut mengaku kejadian nahas itu dalam satu kenyataan.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Syarikat itu berkata, pihaknya menyedari nahas F-35B di landasan Pangkalan Simpanan Bersama Stesen Udara Tentera Laut di Fort Worth dan memahami bahawa juruterbang itu berjaya menyelamatkan diri.

“Keselamatan adalah keutamaan kami. Kami akan mengikut protokol siasatan yang sesuai.” Sejak tahun 2015, Tentera Udara AS telah mengalami masalah dengan pendaratan secara menegak jet tersebut. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply