ARKIB

KATEGORI

Tular

Limpahan air dari cerun bukit, kilometer 393 LPT2 masih boleh dilalui

Tular

Views

Limpahan air dari cerun bukit di Kilometer 393 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Ajil ke Kuantan, yang berlaku kira-kira jam 11 pagi ini masih terkawal dan laluan masih boleh dilalui seperti biasa.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintendan Hasmerra Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 11 pagi itu dipercayai berpunca limpahan air dari cerun bukit berhampiran lokasi kejadian.

JOM BACA >> INTIP: Dua unit ujian Proton X90 (VX11) dikesan sekitar Simpang Pulai

Menurutnya, setakat ini tiada penutupan jalan dan laluan masih boleh dilalui oleh semua kenderaan. Tiada kemalangan atau lain-lain insiden yang berlaku dan dimaklumkan limpahan air di lokasi berkenaan sudah surut sepenuhnya kira-kira jam 12.30 tengah hari, hari ini.

Buat masa ini laluan lebuh raya berkenaan masih boleh dilalui di kedua-dua arah, manakala pihak berwajib sedang melakukan siasatan di lokasi.

JOM BACA >> Dakwa kereta gesel pembahagi jalan elak konvoi pengiring, lelaki ini berani jawab ciapan balas TMJ

Tambahnya, sekiranya berlarutan dan kejadian semakin buruk, lencongan sementara akan diaktifkan bagi kerja-kerja pembersihan jalan selain penambahbaikan saliran air sementara dijalankan.

Katanya, pihaknya menasihati pengguna jalan raya di daerah ini supaya lebih berhati-hati berikutan cuaca tidak menentu selain mematuhi arahan lalu lintas bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Agya dan Daihatsu Ayla bakal tiba di Indonesia bulan Mac 2023, pengeluaran massa Perodua Axia (D74A) dijangka bermula Januari 2023
JOM BACA >> Kenderaan pengguna MRR2 terkena minyak, SUKE sedia tanggung kos cucian
JOM BACA >> INTIP: Hari Ahad pun Proton masih uji X90 (VX11), mungkin kejar masa kot?
JOM BACA >> Foto supermoped Aveta SVR180 tersebar – Harga tunai RM 9,988?
JOM BACA >> RISIK: Ativa hibrid (D47B) bakal dilancar pada September, Axia (D74A) selesai ujian percubaan awal pemasangan

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply