ARKIB

KATEGORI

Tular

Pakcik Shell, bos yang paling sempoi!

Tular

Views

Baru-baru ini tular lagi beberapa foto Pakcik Shell yang sebenarnya merupakan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd, Shairan Huzani Husain sedang membantu mengisi minyak kenderaan pelanggan di salah sebuah stesen.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Proton X50 dengan meter analog berjaya diintai!

Sebelum ini figura bertubuh kecil itu menjadi perhatian ramai warganet, setelah kisahnya meraikan kejayaan salah seorang pekerjanya yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM pada awal Mac lalu tular di media sosial.

JOM BACA >> Betul ke kena tekan butang hidup enjin 3 kali kalau takut enjin cepat rosak?

Aksi bersahaja Pakcik Shell membantu pelanggan mengisi minyak di salah sebuah stesen syarikat tersebut sempat dirakam oleh pemilik akaun Facebook, Reza Zainal dan ia mendapat pelbagai reaksi spontan dari warganet.

Bagi penulis yang pernah bertemu dan berbual dengan beliau, sememangnya beliau seorang yang merendah diri dan mudah untuk didekati. Yang pasti ‘orang kuat’ Shell Malaysia ini tidak pernah lekang dengan senyuman. Kalau anda tidak percaya boleh melihat gambar-gambar dalam artikel berkaitan dengan Shell sebelum ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Reza Zainal dan Pakcik Shell

JOM BACA >> Kereta CKD dikecualikan Cukai Jualan, 50 peratus bagi kereta import mulai 15 Jun hingga 31 Disember 2020
JOM BACA >> Gobek Api – Ciptaan Melayu lama pencetus kepada teknologi enjin terkini
JOM BACA >> INTIP : Honda City Hatchback mula turun ke jalan raya
JOM BACA >> Proton X70 2020 kini dengan Pembersih Udara Pintar
JOM BACA >> Satria Neo X : Model ikonik Proton berubah menjadi crossover kompak dua pintu

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply