ARKIB

KATEGORI

Sukan Permotoran

Musim ke-5 Toyota GAZOO Racing Festival bakal membuka gelanggang hujung minggu ini!

Sukan Permotoran

Views

Pusingan pembuka tirai musim ke-5 Toyota GAZOO Racing Festival dan Vios Challenge pada 19-20 Mac 2022 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bakal menyaksikan saingan paling hangat.

Seperti lazimnya, siri perlumbaan Vios Challenge akan dibahagikan kepada 4 kelas iaitu Promotional Class, Super Sporting Class, Sporting Class dan Rookie Class.

Secara keseluruhan, lebih dari setengah juta ringgit hadiah kemenangan bakal direbut, yang merangkumi RM70,000 dad RM50,000 bagi juara keseluruhan Super Sporting dan Sporting Class.

Sekali lagi para penononton terpaksa menonton aksi hangat perlumbaan menerusi strim secara langsung di rumah masing-masing, tetapi mereka berpeluang untuk menyertai cabaran GAZOO Racing Dream Team TGR Fantasy.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Platform perlumbaan ini membolehkan para peserta untuk mendaftar dan bersaing antara satu sama lain dengan mencipta pelumba TGR Dream Team mereka sendiri yang dirasakan akan memberikan aksi terbaik sepanjang musim.

Peserta perlu memilih 3 pelumba dari setiap kelas dan pasukan mereka akan menambah atau kehilangan mata berdasarkan keputusan perlumbaan sebenar sepanjang 3 pusingan dalam Musim ke-5.

Peserta yang mengumpul paling banyak mata akan dinobatkan sebagai pemenang pada penghujung setiap pusingan dan hadiah utama akan direbut pada penghujung musim.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, tahun ini pihaknya mahu peminat untuk turut serta dalam siri perlumbaan tersebut dengan memperkenalkan permainan fantasi yang membolehkan mereka lebih berhubung dengan pelumba kegemaran mereka di litar.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Super Sporting Class menyaksikan kembalinya juara tiga kali Tengku Djan Ley ke pasukan Prima Pearl Auto bagi musim ini dan beliau akan turut bergandingan dengan Mitchell Cheah. Kategori ini turut menyaksikan dua pelumba muda di bawah usia 20 tahun.

Kategori Sporting Class bakal menyaksikan juara Rookie Class tahun lalu, Naquib Azlan dari Axle Motorsports dan untuk tahun ini satu-satunya pelumba wanita, Shasha Shafie dari R&R Sport Speed Garage akan turun beraksi.

Dalam kategori Promotional Class, sembilan personaliti bakal berentap antaranya juara Musim ke-4, pelakon Shukri Yahaya selain Zizan Razak, Nabil Ahmad, Janna Nick, Wany Hasrita, Nabila Razali, Khai Bahar, Ahirine Ahiruddin dan Ain Edruce.

Bagi kategori Rookie Class, enam muka baharu akan turun beraksi termasuklah rookie wanita pertama, Adele Liew selain Ashen Shanmuganathan. Lebih menarik, bapa mereka iaitu Eddie Liew dan Shanmuganathan Arumugan turut beraksi dalam kategori Super Sporting dan Sporting Class

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply