ARKIB

KATEGORI

Tular

Myvi Extreme kuning versi Lego ‘hasil tangan anak tempatan’ kini di Publika, sampai Ahad ni je tau!

Tular

Views
@znspantas Kalau Nak beli myvi mahal sgt,korang buat je guna lego #fypシ #abanglori #thetransporter #znspantastransport #yellowtruck #budoktebing #anokpahang ♬ DJ Kuberlayar Di Lautan Tidak Bertepian – MASTER RMX

Baru-baru ini tular di media sosial video yang dimuatnaik oleh pemilik akaun TikTok bernama znspantas, memaparkan sebuah Perodua Myvi Extreme berwarna kuning diturunkan dari sebuah lori.

Sekilas pandang ‘Myvi kuning’ itu nampak seperti kereta sebenar, namun ia sebenarnya adalah sebuah replika yang diperbuat daripada susunan bongkah Lego.

 

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Kata znspantas, dia cuma ditugaskan sebagai penghantar replika ‘Myvi kuning’ itu yang kini sedang dipamerkan di Publika Shopping Gallery sempena acara ‘King of the Road Showcase‘, bermula semalam 26 Mei 2022 (Khamis) sehingga 29 Mei 2022 (Ahad).

Tambahnya, replika Myvi kuning itu adalah ‘hasil tangan’ pembina Lego ‘anak tempatan‘. Beberapa foto turut dikongsikan di Facebook dan orang ramai mula mengambil kesempatan untuk bergambar kenang-kenangan bersama replika tersebut.

 

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Menurut laman Facebook rasmi Publika, Myvi kuning berskala sebenar itu dibina dan dipasang oleh Bryks.Art. Jika diperhatikan pada foto-foto yang dikongsikan oleh warganet, Myvi kuning dibina dengan cukup teliti dan kelihatan seperti kereta sebenar.

Bukan sekadar luaran, bahkan Bryks.Art turut membina ruang kabin mengikut rekaan asal dan kami cukup kagum dengan hasil seni anak tempatan itu. Kalau anda perasan, emblem Perodua telah diubah kepada huruf ‘B’ dan nama Myvi itu juga ditukar kepada Mybi (mungkin merujuk kepada Bryks.Art).

Selain itu ada beberapa replika lain turut dipamerkan termasuk model skala kecil jentera penuai versi Myvi dan lain-lain. Jika anda peminat Lego dan hasil seni yang unik, jom ke Publika sempena cuti hujung minggu ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Publika, JR Song dan KF Kavenz II

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply