ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kereta sorong bayi geng ‘kayangan’ Mercedes-AMG GT diperkenalkan – 299 unit sahaja

Berita Tempatan

Views

Jenama Mercedes-AMG bukan sahaja sohor dalam dunia permotoran, bahkan ia turut diabadikan pada siri kereta sorong bayi mewah dengan kolaborasi bersama Hartan.

Baru-baru ini kedua-dua jenama tersebut telah memperkenalkan kereta sorong bayi AMG GT edisi terhad yang hanya dikeluarkan sebanyak 299 unit di seluruh dunia.

Menurut Hartan, kereta sorong bayi itu telah dibangunkan dengan mendapat input dari unit reka bentuk Mercedes-Benz. Sama seperti AMG GT sebenar, kereta sorong bayi homonim itu didatangkan dengan set AMG dengan rekaan rim jejari bersilang dan upholsteri Dinamica untuk balutan tempat duduk.

JOM BACA >> Info ringkas Perodua Alza (D27A), apa yang sudah diketahui setakat ini

Berbanding kereta sorong bayi sebelum ini daripada koleksi AMG, tudung fabrik jacquard edisi khas dihiasi corak AMG dengan latar belakang hitam, sepadan dengan beg lipat premium yang disertakan bersamanya.

Emblem AMG turut dilekatkan pada kedua-dua sisi kerangka aluminiumnya dan dalam bentuk benang reflektif di bahagian poket lipat.

Selain itu, edisi khas ini didatangkan dengan lambang AMG asli, sama yang digunakan pada kenderaan supaya bayi anda boleh ‘berlatih untuk berlagak’ sejak dari kecil lagi.

JOM BACA >> INTIP: Saga MC2 jalani penggambaran iklan, petanda pelancaran semakin hampir!

Akhir sekali, penampilan kemasan kulit hitam pada bahagian pemegang dengan jahitan bebenang merah dan pastinya ia membuatkan ramai yang ‘menjeling’.

Tidak seperi model lain keluaran Hartan, AMG GT dengan roda pusing boleh dikunci, suspensi, brek tangan, kanopi boleh lipat, unit tempat duduk boleh laras dan poket penyimpanan untuk barangan peribadi anda seperti telefon pintar, kunci, dompet, botol air dan lain-lain.

Sekiranya anda berkenan dengan kereta sorong bayi AMG GT ini, anda boleh mendapatkannya di kedai barangan bayi terpilih mulai Julai 2022. Buat masa ini tiada informasi mengenai harganya dan ia sudah pasti jauh lebih mahal berbanding siri 562 Graphit yang dijual pada harga USD1,180 (RM5,189).

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Perodua Alza (D27A), apa yang kami tahu setakat ini
JOM BACA >> Proton X70 MC1 bakal dilancar Mei ini, 5 pilihan varian
JOM BACA >> Pelancaran Proton X90 (VX11) mungkin ditunda ke tahun depan – TheEdge
JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?
JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply